Permainan Kasino Klasik

Hidupkan semula memori Las Vegas kegemaran anda dengan bermain roulette, blackjack, poker, craps dan permainan klasik yang lain. Kasino era ini telah berevolusi sebagai destinasi hiburan yang bukan sahaja menawarkan perjudian malah hiburan malam, temasya kesukanan, pertunjukan, dan sajian. Di tempat-tempat tertentu seperti Las Vegas Strip yang ikonik, perjudian memainkan peranan sebagai hiburan tambahan. Ya, ramai yang masih berjudi di sana, tetapi nisbah kemenangan (odds) di sana tidak begitu menggalakkan dan ia bukan lagi sebab utama mereka ke sana.

classic casino games

 

Kasino “Rat Pack” yang klasik dan suasana yang diiringinya sudah tiada lagi. Meskipun slot kasik tiga gelung boleh dijumpai tersorok di tengah-tengah lautan permainan slot video moden, ia jarang dijumpai. Permainan meja seperti craps dan baccarat yang dahulunya popular, kini diketepikan dan mungkin tidak ditugaskan seorang dealer jika pemain tidak mencukupi.

Panduan Pemain Untuk Perjudian Kasino Klasik

Berita baiknya? Kasino dalam talian telah memelihara setiap jenis permainan dan ia disediakan pada bila-bila masa, pagi hingga malam.

Dalam panduan ini, kita akan melihat dengan lebih dekat permainan kasino klasik, dan memberikan sedikit nasihat tentang cara untuk mencari dan bermain permainan sedemikian di kasino dalam talian.

Slot Klasik

Mesin slot klasik telah wujud sejak lewat tahun 1800-an, tetapi versi ikonik “one armed bandit” (mesin slot tuil tarik) bangkit popular pada awal tahun 1960-an dengan Money Honey oleh Bally. Ciri-ciri standard seperti tiga gelung dengan simbol buah, pemegang tarik dan bayaran dalam bentuk hujan duit syiling telah wujud sebelum ini. Tetapi, Money Honey ialah mesin pertama yang menggabungkan kesan elektronik, pancaran lampu dan bunyi bising apabila pemain memutar gelung. Ia juga telah meningkatkan secara dramatik jumlah syiling yang boleh disimpan dan dijatuhkan untuk kemenangan jackpot serta membenarkan pemain meningkatkan kemenangan dengan menaruh lebih daripada satu syiling.

classic slot machines

Ketika slot beroperasi secara mekanik sahaja, para pemain menganggapnya membosankan dan sebaliknya memilih permainan meja. Penambahan ciri-ciri elektronik ialah langkah pertama dalam menjadikannya permainan yang paling popular di lantai kasino. Beberapa dekad berlalu sebelum teknologi slot video moden mula wujud, tetapi sebelum masa itu slot tiga gelung elektro-mekanik menguasai lantai kasino.

Main Slot Klasik Percuma Untuk Suka-Suka

Jika dilihat semula, slot video hari ini hanyalah lanjutan ciri-ciri yang dipopularkan oleh Money Honey dan mesin slot sejenis. Ia memberi tumpuan kepada pertunjukan yang menghiburkan dan aksi permainan sebenar. Versi yang menawarkan jackpot paling lumayan kekal sebagai mesin paling popular. Jadi, bolehkah anda bermain slot tiga gelung hari ini? Ia semakin susah untuk dijumpai di lantai kasino langsung. Bilangan kecil yang ada pun disimpan sekadar permainan hiasan sahaja. Ia mudah dijumpai dalam talian oleh sebab yang wajar ̶ kebanyakan pemain lebih gemar slot gelung klasik kerana nisbah kemenangan (odds) yang lebih tinggi.

Slot Klasik – Jackpot, Peraturan dan Nisbah Kemenangan

Lebih besar jackpot sesebuah mesin, lebih tinggi nisbah kemenangan (odds) berpihak kepada pihak kasino. Ya, tentunya lambat laun seorang pemain akan berjaya memenangi jumlah besar itu, tetapi kemenangan kecil-kecilan berlaku dengan lebih kerap. Pemain akan terus bermain walaupun peluang kemenangan kurang baik dengan harapan terkena jackpot lumayan.

Permainan gelung klasik banyak batasannya; iaitu jauh lebih kurang kemungkinan garis bayaran serta isu ruang fizikal. Lagipun, ia tidak akan setanding dengan jackpot lumayan slot video. Oleh itu, untuk kekalkan aspek menarik, pemain perlu diberi ganjaran yang lebih kecil melalui kemenangan yang lebih kerap. Itu ditafsirkan sebagai jangkaan pulangan keseluruhan yang lebih baik untuk pemain. Mereka yang ingin memanfaat sepenuhnya bajet slot mereka sambil mengekalkan kemungkinan mengena jackpot yang cukup besar dan mengujakan lebih sesuai bermain slot gelung klasik.

Kasino dalam talian adalah elektronik sepenuhnya, namun ia pasti mampu mereplikakan gaya mainan ini dengan mudah sekali. Kebanyakan daripadanya mempunyai slot tiga gelung dengan garis bayaran terhad, dan ada juga jenis hibrid yang menggabungkan beberapa komponen slot video modern tanpa meningkatkan kelebihan kasino dengan ketara.

Permainan Kasino Las Vegas Klasik – Video Gameplay

Craps Klasik

Craps kasino klasik ialah permainan kasino mudah alih original kerana ia hanya memerlukan sepasang dadu dan dua orang pemain. Manusia telah bermain dengan dadu sejak tamadun awal. Ia kemudian berevolusi daripada “casting lots” (cabutan rawak) pada zaman Roman sehingga permainan “throwing hazard” zaman England purba. Peraturan asas seperti melepasi garisan dan skor mata sebelum membaling dadu, dijadikan rasmi semasa Perang Dunia Kedua apabila askar-askar Bersekutu mendapati bahawa permainan ini ialah sesuatu persamaan antara mereka.

Craps masih popular di lantai kasino langsung, tetapi telah hilang daya tarikannya kepada slot video dan poker. Ia sebenarnya permainan yang paling popular di kasino sebelum tahun 1960-an, diminati ramai semasa ia menjadi permainan pilihan antara askar yang berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua.

classic craps

Hari ini, satu isu yang mencegah orang lain bermain meja craps ialah intimidasi. Bilangan meja craps yang kecil bermakna lebih ramai akan berkerumun di meja-meja itu. Selain itu, terdapat pelbagai adat dan peraturan tersirat tentang cara untuk mengendali dan membaling dadu. Craps mengguna bahasanya tersendiri untuk taruhan dan kemenangan. Ia juga megelirukan dan mengambil masa yang lama untuk dipelajari.

Craps dalam talian menyediakan peluang yang sempurna untuk membiasakan diri dengan permainan itu tanpa tekanan faktor luaran. Jangan risau jika anda tidak membaling dadu dengan sempurna dan jangan takut jika anda tidak fasih dengan istilah, slanga dan cara percakapan craps. Versi video permainan ini berfungsi sama seperti permainan langsung; satu-satunya perbezaan ialah tiada siapa yang membaling dadu secara fizikal.

Baccarat Klasik

Baccarat Kasino memberi bayangan imej golongan bangsawan berkumpulan sekitar meja taruhan di lokasi-lokasi eksotik. Apatah lagi, ia permainan kegemaran James Bond. Tetapi peraturan dan adat yang rumit menyebabkan pemain hilang minat untuk bermain. Permainan ini sangat popular di Macau, tetapi di Vegas, anda biasanya melihat ia dimainkan di kasino berkelas tinggi. Sama seperti craps, ia lebih popular di negara-negara Barat sebelum tahun 1960-an, terutamanya ketika ia mempunyai nama asing, “chemin-de-fer“.

classic baccarat

Baccarat paling popular antara penjudi dari Asia. Oleh itu, jika sebuah kasino Las Vegas dilawati pelancong yang ramai dari rantau itu, banyak meja yang akan dipenuhi. Tetapi ini jarang berlaku. Perjudian kasino dalam talian menawarkan pilihan untuk bermain pada bila-bila masa, dan anda boleh memilih antara jenis baccarat yang popular seperti mini-baccarat.

Permainan sebenar memerlukan beberapa pemain di sebuah meja manakala simulasi dalam talian membenarkan anda bermain baccarat seorang diri untuk wang sebenar. Walaupun begitu, terdapat juga jenis mainan yang membenarkan pemain berbilang. Kadang kala versi ini mempunyai ciri sembang antara pemain.

Roulette Klasik

classic roulette

Roulette bererti “roda kecil,” dalam bahasa Perancis. Permainan ini direka di Perancis pada tahun 1700-an iaitu dengan gabungan peranti roda perjudian Itali dan Inggeris yang lama. Roulette moden menjadi popular apabila ia dimainkan di kasino Rick dalam filem Casablanca.

Roulette bergantung pada satu prinsip asas: pilih nombor daripada 1 hingga 35, warna hitam atau merah, atau satu daripada tiga barisan. Kemudian, dealer melepaskan bola dan semua orang menunggu untuk melihat mana bola kecil itu mendarat apabila roda berhenti berpusing.

vintage table games

Permainan Kasino Klasik: Kekalkan Memori Masa Dahulu

Jika anda mahu bermain permainan klasik, memang wujud pilihan secukupnya dalam talian tidak kira bagaimana transformasi lantai kasino langsung di masa hadapan. Ia juga cara yang terbaik untuk mempelajari peraturan beberapa permainan yang lebih rumit.

blackjack

Anda bukan sahaja dapat bermain mengikut kebolehan anda bebas daripada tekanan sosial, tetapi biasanya anda juga boleh bermain “mod percuma” yang membenarkan anda bereksperimen tanpa membuat taruhan sebenar.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...