Poker
Walaupun slot merupakan permainan yang paling menguntungkan untuk kasino, poker boleh dikatakan permainan yang paling popular. Lagipun, anda tidak menonton siaran ESPN bagi World Series of Kitty Glitter! Poker ialah salah satu permainan kemahiran terakhir yang masih wujud di kasino.
Poker sama popular dalam talian seperti di kasino sebenar, malah mungkin lebih popular. Pemain poker dalam talian menikmati pelbagai kelebihan, daripada ketersediaan meja kepada gaya berjudi yang lebih tertumpu. Pendaftaran kasino dalam talian dan manfaat program kesetiaan juga selalunya lebih lumayan.
Menggunakan kombinasi kebarangkalian matematik dan keupayaan untuk membaca bahasa tubuh dan corak pertaruhan pemain lain— seorang pemain poker yang cekap boleh mengalahkan pemain yang kurang mahir dalam satu siri hand yang banyak. Anda boleh melakukannya dalam talian hari ini, dan kami akan menunjukkan anda caranya.
Panduan Pemain Poker
Dalam tutorial ini, anda akan mempelajari segala-galanya tentang poker, daripada peraturan asas kepada pelbagai jenis permainan dan apa yang boleh dijangkakan semasa bermain dalam talian. Walaupun ini bukanlah panduan menyeluruh untuk berjudi dan menang dalam poker, anda juga akan mendapat beberapa petua berguna untuk bermula dan memperbaiki permainan anda.
Sejarah Ringkas Poker
Apabila anda fikirkan peranan poker dalam sejarah, imej pertama yang terpampang di minda adalah salun di Old West. Tetapi asal usul permainan ini boleh diimbau kembali berpuluh-puluh abad kepada permainan domino yang serupa. Namun begitu, Old West merupakan zaman di mana sejarah draw poker yang terawal direkodkan. Rekod penulisan pertama mengenainya datang dari New Orleans pada awal 1800-an, dan banyak variasi yang masih popular hari ini dicipta semasa Perang Saudara.
Hari ini, poker menjadi satu sukan kompetitif hebat yang menyanjung nama-nama selebriti terkenal. Tokoh-tokoh seperti Antonio Esfandiari, Daniel Negreanu, dan Phil Hellmuth merupakan pemain terkemuka dalam pertandingan kaca TV seperti World Poker Tour dan World Series of Poker. Petanding terkemuka dalam pertandingan ini mendapat berjuta-juta dolar, dan nama terbesar dalam sukan ini kadangkala mengaut berpuluh-puluh juta dalam perjudian dan tajaan setiap tahun.
Peraturan Poker Paling Asas
Setiap versi poker mempunyai peraturan unik sendiri, tetapi beberapa faktor tetap sama antara setiap variasi popular.
Kesamaan yang paling ketara adalah nilai dan hierarki pegangan kad (hand). Matlamat poker adalah untuk mendapatkan hand yang terbaik di hujung pusingan ataupun paling tidak melakukan helah supaya pemain lain percaya anda sedang memegang kad yang lebih baik daripada mereka—memaksa mereka untuk “fold” (mengalah) awal. Jadi peraturan pertama adalah untuk mempelajari susunan hand mengikut nilainya.
Ini merupakan nilai relatif hand boleh dikatakan dalam mana-mana permainan poker, mengikut susunan menurun kebesaran:
- Royal Flush: Empat “kad muka” dan satu sepuluh, semuanya daripada suit yang sama (cth., 10-J-Q-K-A, semua lekuk)
- Five of a Kind: Walaupun ini tidak terpakai dalam kebanyakan permainan poker profesional, ia selalunya hand kedua yang terbesar dalam permainan yang menampilkan “kad rawak” (cth., 4-4-4-4-A di mana ace adalah rawak)
- Straight Flush: Lima kad dalam aturan nilai berturutan, dan semua daripada suit yang sama (cth., 7-8-9-10-J, semua kelawar)
- Four Of A Kind: Empat kad daripada nilai yang sama (cth., 7-7-7-7)
- Full House: Kelima-lima kad mencipta dua set hand berpangkat (cth., K-K-9-9-9)
- Flush: Lima kad yang mempunyai suit yang sama, tanpa mengira nilai individu (cth., 2-6-7-10-K, tetapi semuanya lekuk)
- Straight: Lima kad dalam aturan nilai berturutan, tanpa mengira suit (cth., 2-3-4-5-6, semua suit boleh dicampur)
- Three of a Kind: Tiga kad daripada nilai yang sama (cth., K-K-K-3-4)
- Two Pair: Dua set kad yang berlainan daripada nilai yang sama (cth., 2-2-K-K-8)
- Single Pair: Satu set kad daripada nilai yang sama (cth., 2-2-K-A-8)
- High Card: Jika tiada pemain yang mempunyai hand berpangkat di atas, atau mempunyai hand berpangkat yang sama, pemain yang memegang nilai kad yang tertinggi (dari 2 hingga Ace) akan menang
Selain daripada nilai hand, aliran utama permainan akan tetap sama antara permainan. Dealer akan mengagihkan kad kepada pemain mengikut putaran jam. Pemain akan membuat pertaruhan permulaan minimum, kemudian selepas melihat kad mereka boleh memilih untuk “fold” (kerugian hanya pertaruhan permulaan wajib mereka) atau teruskan bermain. Pada setiap giliran pemain, mereka boleh “call” (meletakkan jumlah pertaruhan semasa yang sepadan), “raise” (menaikkan jumlah pertaruhan wajib semasa untuk kekal dalam permainan) atau “check” (menunda keputusan mereka buat sementara, dan menolak kepada pemain yang seterusnya), bergantung pada situasi semasa.
Sejenis raise di mana pemain mempertaruhkan semua baki cip mereka dipanggil “all-in,” dan akan memaksa pemain lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika pemain lain mempunyai lebih banyak cip daripada orang yang raise, mereka hanya perlu memadankan jumlah “all-in” itu. Jika mereka mempunyai lebih sedikit cip berbanding pemain yang melakukan “all-in,” mereka boleh terus bermain dengan mempertaruhkan segala-gala yang ada, tidak kira berapa nilainya. Pemain menggunakan pertaruhan “all-in” untuk menyingkirkan pemain yang tidak boleh bertahan, tetapi kadangkala pemain itu mengejutkan orang lain dengan kemenangan dan tiba-tiba kembali dalam permainan!
Jenis-jenis Poker Meja
Terdapat beratus-ratus variasi poker, tetapi variasi utama yang ingin ditumpukan untuk perjudian kasino kompetitif adalah:
- Texas Hold ‘Em
- Omaha Hold ‘Em
- Seven-card Stud
Varian yang turut lazim ditemui dalam pertandingan dan di lantai kasino yang mungkin ingin dicuba termasuklah:
- Lowball Poker
- H.O.R.S.E
- S.H.O.E
- Pai Gow Poker
- Chinese Poker
- High / Low Chicago
- Follow the Queen
- Five-Card Draw
Poker Video
Poker video merupakan permainan cabutan lima kad untuk peranti anda. Ia salah satu variasi poker yang paling mudah, dan tumpuannya terletak pada menyusun hand sebaik yang boleh.
Poker video mempunyai pelbagai varian. Permainan “asas” ini dipanggil Jacks or Better. Anda juga akan melihat Deuces Wild, Bonus Poker, Quads, Aces & Faces, dan Ultimate X. Semua permainan ini menggunakan format cabutan lima kad asas yang sama. Satu-satunya perkara yang berubah antara variasi ini adalah hand kemenangan, jumlah bayaran untuk hand kemenangan, peraturan kad rawak, dan kewujudan pengganda. Sesetengah permainan juga membenarkan anda untuk bermain dari 20-100 hand secara serentak.
Poker video mempunyai strategi mendalam yang tertentu berdasarkan jenis permainan dan jadual bayaran. Ini satu topik yang terlalu panjang untuk diulas di sini, tetapi anda boleh menggunakan “kad strategi” bagi setiap jenis permainan untuk menentukan play terbaik dari segi matematik dalam apa jua situasi dengan pantas. Ia lebih mudah untuk menggunakan ini semasa berjudi dalam talian, kerana kasino tradisional boleh mengharamkan penggunaan ini. Malah anda boleh menjalankan “pelatih” poker video dalam tetingkap atau peranti lain untuk melihat apakah langkah yang terbaik untuk hand semasa anda!
Walaupun jika anda cuma berminat dengan poker meja, poker video mungkin berbaloi untuk dicuba. Semasa mengguna pakai strategi yang wajar, jangkaan pulangan pada kebanyakan mesin adalah melebihi 99%. Kadangkala anda akan menemui mesin “bayaran penuh,” atau jadual bayaran yang begitu lumayan di mana jangkaan pulangan kepada pemain secara teori adalah 100-101%. Bila anda tambahkan ganjaran percuma dan tawaran bonus, poker video sering memberikan jangkaan pulangan yang sangat positif kepada pemain. Sudah tentu, ini jika anda tahu cara untuk bermain dengan betul!
Bagaimana untuk Bermula dengan Poker?
Jika anda baru sama sekali dalam poker, poker video satu tempat yang hebat untuk bermula. Ia akan mengajar anda cara bermain cabutan lima kad, dan juga akan membantu anda mengingati pangkat hand yang digunakan dalam setiap permainan lain dengan pantas. Anda juga boleh bereksperimen secara percuma di kebanyakan kasino dalam talian—belajar bermain tanpa perlu membuat sebarang pertaruhan wang sebenar.
Selepas anda memahami asas-asasnya, anda boleh mula fikirkan tentang jenis poker yang ingin dimain. Jika anda mahu bermain jenis permainan yang sama seperti yang dilihat di kaca TV; anda perlu belajar Texas Hold ‘Em. Pertama sekali, baca peraturan permainan ini, dan mungkin tonton beberapa video di YouTube untuk melihat bagaimana perjudian meja dilakukan. Jika anda ingin berlatih sendiri, terdapat beberapa permainan video dan aplikasi yang membenarkan anda untuk bermain variasi poker popular menentang AI komputer.
Namun begitu, akhirnya anda akan mahu berlatih berjudi menentang orang lain. Cari kasino dan aplikasi poker yang menawarkan permainan dan pertandingan “freeroll,” di mana anda tidak perlu mempertaruhkan wang sebenar, tetapi boleh mendapat hadiah kecil jika anda menang hampir atau di kedudukan teratas. Anda juga boleh belajar meja “pertaruhan mikro” atau “had mikro.” Meja-meja ini membolehkan anda untuk berjudi dengan pertaruhan permulaan sebanyak satu atau dua sen sahaja bagi setiap hand.
Petua untuk Memperbaiki Perjudian Poker Anda
Dua faktor utama untuk menjadi pemain poker yang baik adalah mengetahui play yang terbaik dalam apa jua situasi dan belajar untuk membaca lawan anda sambil mengawal bahasa tubuh dan corak perjudian anda.
Sudah tentu, ini terlalu mengambil mudah dua topik yang sangat rumit. Mujur sekali, satu daripadanya lebih ringkas dengan judi dalam talian. Di meja judi maya, anda tidak perlu bimbang tentang bahasa tubuh atau faktor “bocor.” Masih ada keupayaan untuk membaca corak pertaruhan dan perjudian orang lain; contohnya, pemain yang bermain terlalu banyak hand permulaan mereka dalam Texas Hold ‘Em. Ini satu strategi yang dimanfaatkan dengan kerap oleh pakar judi dalam talian.
Perjudian dalam talian lebih cenderung kepada pendekatan “mengasak” (grinding), iaitu mengikut play yang terbaik dalam apa jua situasi dan tidak peduli tentang kad atau apa yang dilakukan oleh orang lain di meja.
Mengasak merupakan pendekatan yang bagus untuk judi dalam talian dalam pertaruhan kecil kepada sederhana. Lihat beberapa video atau buku tentang subjek ini, dan simpan bahan rujukan berhampiran anda semasa berjudi. Mendalami peraturan kebarangkalian boleh membawa kepada kerjaya poker dalam talian yang berjaya. Jika anda memutuskan untuk menjurus kepada poker taruhan tinggi secara langsung kemudian, maklumat yang diperolehi dalam talian akan menyediakan tapak yang kukuh di mana anda boleh mempelajari elemen manusia daripada permainan ini.
Adakah Anda Bintang Poker yang Seterusnya?
Poker begitu mudah untuk dipelajari, tetapi amat sukar untuk dikuasai. Ia salah satu permainan kasino yang menggabungkan kemahiran dan juga membolehkan pemain untuk bersaing menentang satu sama lain secara langsung. Ia juga salah satu permainan di mana pemain profesional boleh menjana pendapatan yang lumayan. Jika anda seorang pemain baru, cubalah poker video. Kemudian anda boleh belajar permainan meja dengan bermain aplikasi menentang lawan AI atau meneliti permainan freeroll dan taruhan rendah menentang pemain lain dalam talian.