Jackpot Kasino Progresif

Permainan dengan jackpot progresif teramat popular dikalangan pelanggan kasino kerana satu sebab mudah: bayaran kemenangan jackpot kasino progresif sangat lumayan. Ia berfungsi sama seperti loteri anjuran kerajaan, jika lebih ramai orang main tanpa terkena jackpot progresif, lebih tinggi jumlah jackpot meningkat. Dalam keadaan tertentu, jumlah ini mampu mencecah berjuta-juta dolar.

progressive casino jackpots

Panduan Pemain untuk Kasino Jackpot Progresif

Cara jackpot progresif meningkat serta cara kemenangan dibayar adalah berbeza antara setiap permainan dan kasino. Dalam panduan ini, kami akan terangkan bagaimana beberapa jenis jackpot progresif yang berbeza berfungsi.

Jackpot Slot Progresif

Jika kasino jackpot progresif disebutkan, perkara pertama yang difikirkan ialah mesin slot. Slot video adalah di mana jackpot progresif yang terbesar dan paling menarik boleh dijumpai. Progresif dalam jenis permainan yang lain biasanya tidak melebihi beberapa ribu dolar, manakala ia tidak sukar untuk melihat slot progresif yang mencecah ratusan ribu mahupun berjuta-juta dolar!

progressive jackpot meter

Anda biasanya dikehendaki bertaruh jumlah syiling maksimum untuk layak memenangi jackpot progresif major (terbesar). Beberapa permainan mempunyai jackpot minor tambahan yang juga meningkat menurut taruhan para pemain dan taruhan syiling maksimum tidak diperlukan untuk memenagi jackpot minor. Syarat ini biasanya perlu dipatuhi untuk progresif major.

Secara umumnya, anda perlu mengena corak simbol tertentu untuk memenangi jackpot progresif. Sestengah mesin akan menghadiahkan jackpot progresif jika anda mendapat corak simbol yang betul, manakala yang lain mengikat progresif kepada pusingan bonus permainan itu. Contohnya, pelbagai permainan Wheel of Fortune dan sejenis seperti Super Wheel, menghendaki anda mencapai pusingan bonus terlebih dahulu, kemudian memutar roda.

jackpot payouts

Slot progresif meningkat melalui peruntukan kecil daripada setiap taruhan yang tidak terkena jackpot progresif. Namun, wujud beberapa pengecualian yang hanya meningkat dengan setiap kemenangan kecil.

Saiz jackpot progresif secara am ditentukan oleh berapa banyak mesin yang menyumbang kepada progresif tersebut. Dari segi ini, mainan dalam talian menawarkan suatu kelebihan kerana kasino jackpot progresif tidak dihadkan secara fizikal oleh lantai kasino tradisional.

Jackpot Poker Video Progresif

Progresif poker video berfungsi dengan cara yang sama seperti progresif slot. Mesin-mesin yang berbeza sering diikat bersama untuk membantu jumlah progresif bertambah besar dengan cepat.

Perbezaan ketara antara progresif poker video ialah ketiadaan jackpot minor. Satu jackpot besar diberikan apabila seseorang memenangi royal flush.

progressive slot jackpots

Ini bermakna bahawa terdapat situasi di mana progresif mungkin merugikan anda. Seperti jackpot slot, taruhan syiling maksimum biasanya diwajibkan untuk melayakkan diri.

Walaupun begitu, taruhan syiling maksimum untuk mesin poker video biasanya memberi pulangan sebanyak 4000x jika anda memenangi royal flush. Sekiranya jumlah progresif diberikan disamping itu, bertuahnya! Namun, sebilangan permainan menggantikan kemenangan 4000x dengan apa-apa jumlah progresif pada masa itu.

max credits bets

Katakan anda bermain mesin poker video 25-sen pada taruhan syiling maksimum $1.25 setiap hand. Anda akan menerima $5,000 jika memenangi royal flush. Tetapi, jika progresif hanya berjumlah $1,000 itu adalah jumlah yang anda akan terima untuk royal flush. Jadi, lagi bagus jika anda mencari permainan yang tidak mempunyai had.

Jackpot Roulette Progresif

Permainan roulette dalam talian semakin banyak menawarkan kasino jackpot progresif sebagai taruhan sampingan. Ia memerlukan sesuatu angka untuk terkena sebanyak dua hingga lima kali berturut-turut. Ada juga yang menambah slot ekstra ke atas roda yang membayar progresif jika terkena, tetapi ini mengurangkan pulangan yang dijangka.

Jackpot Blackjack Progresif

Meja blackjack dengan progresif biasanya dicirikan sebagai taruhan sampingan. Anda akan memenangi progresif tersebut jika sesuatu urutan kad tertentu diagihkan. Ia sering kali suatu siri empat kad atau lebih, biasanya empat sejenis. Itu bermakna kemungkinan untuk memenangi progresif adalah sangat rendah, tetapi jumlah progresif boleh meningkat dengan banyak.

Jackpot Poker Progresif

Beberapa kasino jackpot progresif memiliki meja poker tersendiri yang terikat dengan konsep “bad beat”. Bad beat ialah semasa seorang pemain yang memegang hand yang kuat sepatutnya menang, namun telah kalah entah bagaimana. Setiap meja memiliki definisi “bad beats” yang berbeza, tetapi sebagai ilustrasi, berikut adalah situasi yang diterima pakai oleh setiap meja.

Katakan seorang pemain mendapat hand yang kuat selepas edaran pertama (flop), sementara seorang lagi mendapat hand yang lemah. Walaupun tipis peluang kemenangannya, pemain dengan hand yang lemah terus bertahan hingga ke akhir dan bernasib baik menerima kad-kad yang diperlukan untuk mengalahkan hand yang lebih kuat itu.

mobile progressive jackpot

Kebanyakan meja dengan jackpot bad beat akan memberikan kemenangan kepada pemain dengan hand yang kuat dalam situasi tersebut.

Jackpot bad beat poker seringkali disumbang oleh potongan kecil daripada setiap hand, tetapi dalam pertandingan, suatu hadiah jumlah tetap dipotong daripada yuran penyertaan pemain.

Mencai Kasino Jackpot Progresif Terbaik

gambling grand prize

Dalam poker video dan slot, progresif mungkin suatu “misteri” atau “tetap”. Ertinya, terdapat titik tetap yang perlu dicapai sebelum membayar kemenangan; jika ia terkena jumlah tersebut, taruhan sebenar yang melebihi had itu memenangi jackopt tanpa menghiraukan keptusan putaran.

Jika progresif adalah tetap, mesin itu akan memberitahu anda bila ia akan membayar kemenangan, sebaliknya progresif misteri biasanya mengubah nilai ambang antara jackpot untuk kekalkan sifat ingin tahu pemain. Dalam keadaan tertentu, bermain permainan dengan jackpot tetap yang hampir-hampir tercapai boleh memberikan anda kelebihan ke atas tuan rumah secara teori, dan bermain dalam talian menjadikannya lebih mudah untuk mencari permainan sedemikian.

Video Kemenangan Jackpot Progresif $500 ribu

 

progressive casino jackpots

Sesetengah jackpot meningkat pada kadar cepat, manakala yang lain pula lebih sukar untuk dimenangi.

Itu sebabnya penting membuat kajian tentang jackpot terbesar yang anda boleh cuba memenangi semasa bermain dalam talian atau daripada peranti mudah alih anda.

Semasa mencari jackpot yang terbaik untuk mencuba nasib, gunakan petua ini:

  • Ketahui berapa kerap jackpot dimenangi di kasino dalam talian tertentu
  • Cari kasino dalam talian yang menawarkan pilihan bayaran kemenangan yang dinamik
  • Pastikan laman adalah selamat dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang terunggul
  • Periksa laporan audit pihak ketiga dan pengesahan operasi sebuah kasino
  • Semak maklumat pelesenan daripada badan kawal selia kasino tersebut

Sedikit ketekunan wajar mampu membantu anda apabila mencari jackpot progresif yang terbaik serta kasino yang menawarkannya.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...