Kasino Bonus Tanpa Deposit

top no deposit bonus casinos

Istilah “bonus tanpa deposit” sering muncul semasa melayari kasino dalam talian buat kali pertama. Jika anda benar-benar baru dalam kegiatan perjudian dalam talian, kasino menekankan istilah “tiada deposit” kerana ia secara amnya terikat kepada tawaran bonus terbaik untuk deposit pertama pemain baru. Jadi, sebagai taktik pemasaran, sesetengah kasino mengubah bonus asal untuk pemain baru agar deposit tidak diperlukan.

Adakah ini bermaksud bahawa anda boleh mendaftar untuk seberapa banyak kasino “bonus tanpa deposit” dan mendapat mainan percuma tanpa membayar apa-apa? Atau mengeluarkan wang percuma? Malangnya, ia tidak berfungsi begitu. Walaupun kasino mungkin memberi anda bonus tanpa deposit sebelum memasukkan wang ke akaun anda, tedapat syarat pertaruhan yang dikenakan sebelum anda boleh mengeluarkan sebarang kemenangan yang dihasilkan daripada bonus itu.

“Bonus tanpa deposit” juga digunakan sebagai frasa untuk menerangkan sebarang bonus, sama ada ia terikat kepada deposit atau tidak. Kasino dalam talian sering kali mengganjarkan pemain-pemain setia dengan putaran percuma atau mainan percuma apabila mereka menambah dana ke akaun mereka.

Panduan Pemain untuk Kasino Bonus Tanpa Deposit

online no deposit casino bonus

Panduan ini akan menerangkan secara terperinci tentang cara bonus tanpa deposit berfungsi dan memberikan anda sedikit nasihat tentang cara untuk memanfaatkan bonus-bonus itu.

Bagaimana Bonus Permulaan Tanpa Deposit Berfungsi di Kasino Dalam Talian

receive your free no deposit bonus

Mari kita mula dengan bonus tanpa deposit yang terikat kepada pembukaan akaun baru. Kasino biasanya memberikan bonus ini selepas anda mengesahkan identiti dan tempat tinggal anda. Proses ini mengehendaki anda menghantar imbasan atau dokumen pengenalan berfoto serta bil utiliti atau sesuatu yang membuktikan tempat tinggal anda.

Barang kali anda akan menerima mainan percuma atau putaran percuma sebagai bonus tanpa deposit akaun baharu anda. Adalah penting untuk ingat bahawa hampir semuanya dikenakan syarat pertaruhan. Anda boleh menggunakan mainan percuma atau putaran percuma ini tanpa penalti. Namun demikian, jika anda belum bertaruh wang sebenar yang mencukupi untuk memenuhi syarat ini, kemenangan yang dihasilkan dengan bonus tanpa deposit akan dibatalkan apabila anda membuat pengeluaran pertama anda. Selain itu, had masa mungkin dikenakan terhadap syarat pertaruhan ini (biasanya antara 48 jam hingga satu minggu), kemenangan anda akan hilang secara automatik selepas tempoh ini.

Satu variasi tawaran kasino bonus permulaan tanpa deposit ialah tawaran “pulangan tunai” atau “insurans”, di mana kasino menawarkan perlindungan untuk kerugian anda sehingga suatu jumlah tertentu. Contohnya, mereka menawarkan bayaran balik untuk kerugian $100 pertama anda dalam bentuk mainan percuma. Tawaran sedemikian tidak biasanya terikat dengan syarat pertaruhan yang lebih lanjut, tetapi penting untuk ingat bahawa anda tidak boleh mengeluarkan mainan percuma ini seolah-olah wang tunai. Anda hanya boleh menggunakannya untuk bermain permainan dalam percubaan untuk memenangi kembali kerugian yang dialami menggunakan wang tuan rumah. Ia juga sah untuk masa terhad, kadang kala hanya untuk 24 jam sahaja selepas mencipta akaun anda.

Bagaimana Kasino Bonus Tanpa Deposit yang Berterusan Beroperasi

No Deposit Free Casino Bonus keep your winnings

Sekiranya anda kerap bermain di kasino dalam talian tertentu dan menjadi salah satu pelanggan yang diiktiraf, mereka mungkin menghantar bonus tambahan yang tidak terikat kepada syarat deposit atau pengisian akaun anda. Sudah menjadi biasa untuk kasino menghantar putaran percuma atau sedikit mainan percuma kepada pemain, terutamanya jika anda menaruh jumlah yang besar secara konsisten atau menjadi ahli taraf tinggi di kelab pemain mereka. Tawaran jenis ini biasanya tidak mempunyai syarat pertaruhan, tetapi sebaik-baiknya anda menyemak terma dan syarat untuk mendapat kepastian.

Cara Terbaik untuk Memanfaatkan Bonus Tanpa Deposit Dengan Syarat Pertaruhan

play mobile casino no deposit games

Syarat pertaruhan untuk bonus permulaan tanpa deposit biasanya agak tinggi. Tiga puluh ganda jumlah mainan percuma atau jumlah kemenangan anda daripada putaran percuma ialah standard industri yang dianggarkan.

Sama ada syarat ini mampu dipenuhi bergantung pada cara anda bermain. Jika anda seorang penjudi taruhan tinggi dan merancang untuk bertaruh dengan tetap, syarat ini boleh dicapai. Ia berfungsi sebagai bonus yang boleh meningkatkan jangkaan pulangan anda secara sementara.

Jika taruhan biasa anda adalah kurang daripada ambang syarat pertaruhan atau anda tidak pasti jika akan menjadi pelanggan tetap sesebuah kasino, anda patut mengguna strategi yang berlainan. Tiada kerugian apa-apa untuk bermain mainan percuma atau putaran percuma, tetapi anda mesti bersedia mengetepikan kemenangan anda jika ia tidak cukup untuk memenuhi syarat pertaruhan ini. Sekiranya anda menang jackpot besar, gunakannya sebagai amaun mainan percuma yang lebih besar dan gunakannya untuk memenuhi syarat pertaruhan. Setiap mainan seterusnya daripada dana jackpot akan menghasilkan kemenangan yang boleh dikeluarkan.

Kelebihan Pulangan Tunai

Ramai pemain menganggap tawaran “insurans” atau “pulangan tunai” sebagai bonus tanpa deposit yang terbaik kerana mainan percuma yang diberikan meningkatkan jangkaan pulangan anda secara ketara. Jelasnya, tawaran ini tidak memihak kepada kasino, oleh itu ia lebih sukar dijumpai. Periksa terma dan syarat dengan teliti untuk mengetahui jika terdapat had harian atau mingguan ke atas jumlah kerugian yang dilindungi; jangan membuat anggapan bahawa jumlah keseluruhan boleh digunakan sekaligus.

Bonus Tanpa Deposit yang Terbaik

mobile phone no deposit casino bonus

Situasi bonus tanpa deposit yang terbaik ialah tawaran pulangan tunai, mainan percuma atau putaran percuma tanpa syarat pertaruhan. Tetapi, bonus sedemikian jarang dijumpai — terutamanya dalam tawaran pendaftaran pertama. Namun begitu, tawaran yang dikenakan syarat pertaruhan mungkin berguna kepada anda, sekiranya anda terkena jackpot semasa menggunakannya!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...