Bonus-bonus Kasino

Kasino sebenar memberi ganjaran percuma seperti makanan, minuman dan penginapan hotel kepada para pemain. Kasino dalam talian jelas sekali tidak dapat menawarkan kemudahan ini. Oleh itu, mereka menawarkan pelbagai jenis bonus menarik yang kadang kala mengelirukan untuk menggoda pemain. Kasino dalam talian mengganjar pemain dengan pulangan wang tunai atau mainan percuma, dan sekiranya digunakan dengan bijak, bonus-bonus ini mampu membantu meningkatkan pulangan yang dijangka oleh pemain.

Panduan ini akan mengenalpasti dan menerangkan beberapa jenis bonus berlainan yang ditawarkan oleh kasino dalam talian serta memberikan anda petua untuk memanfaatkan bonus-bonus itu sepenuhnya.

list of casino bonuses

Terdapat satu kaveat berkenaan bonus-bonus ini, dan ia dikenakan oleh hampir setiap kasino dalam talian. Banyak bonus mempunyai “syarat bermain” (playthrough requirement). Sebelum anda boleh mengeluarkan sebarang kemenangan daripada kasino, anda mesti membuat taruhan beberapa kali ganda amaun bonus itu. Polisi ini mencegah pemain daripada melompat-lompat antara laman yang berbeza untuk mengambil kesempatan dana percuma tanpa melakukan apa-apa taruhan dengan wang sebenar.

Saiz syarat bermain berbeza antara setiap kasino malah antara permainan juga. Ada kalanya ia begitu tinggi sehingga hampir-hampir menjamin kerugian yang melebihi jumlah bonus jika anda cuba memenuhi syarat itu. Walaupun begitu, jika syarat bermain ini terlalu tinggi, taruhkan dana bonus itu kerana anda mungkin terkena jackpot. Sekiranya ini berlaku, jumlah kemenangan itu cukup untuk meliputi syarat bermain, malah anda sebenarnya bermain dengan wang percuma!

Bonus Deposit Pertama

Bonus kasino dalam talian yang paling besar dan menarik ialah bonus yang diterima semasa pendaftaran. Ia biasanya suatu bonus padanan iaitu peratusan daripada deposit pertama anda dan diberikan sekali sahaja. Kasino menawarkan antara 10% hingga sebanyak 400%, tetapi harapan yang lebih realistik daripada kasino yang sah ialah antara 25% hingga 200%.

Syarat bermain hampir selalu dikenakan. Jumlahnya mungkin serendah dua kali taruhan pertama anda atau sehingga 50x jika mengikut keadaan yang paling ekstrem. Semakin tinggi bonus padanan, semakin meningkat syarat bermain ini dan jumlah ini berbeza untuk setiap kasino. Jika bonus padanan ialah 100% atau lebih, jangkakan syarat bermain sebanyak sekurang-kurangnya 5x deposit pertama anda.

gambling prizes

Kasino dalam talian menetapkan had pada jumlah bonus ini. Peraturan ini mencegah pemain kaya tunai daripada memufliskan kasino yang perlu memadankan jumlah deposit besar-besaran! Pastinya kasino tidak akan menghalang anda daripada mendepositkan dana melepasi had itu, tetapi mereka tidak akan memadankan dana yang melebihi jumlah had yang ditetapkan.

 

Akhir sekali, tawaran ini sah sekali sahaja untuk setiap orang. Jadi, jangan cipta akaun-akaun baru dengan nama yang sama untuk mendapatkan bonus permulaan tambahan. Anda mungkin dilarang daripada bermain dan didaftarkan dalam senarai hitam yang diedarkan antara kasino-kasino internet.

cash rewards prizes

Kasino juga menghendaki anda menghantar imbasan pengenalan foto sah dan penyata bank atau bil utiliti untuk mengesahkan tempat tinggal anda. Sesetengah kasino melanjutkan lagi peraturan “satu bonus permulaan untuk setiap orang” dan mengehadkan bonus itu kepada satu untuk setiap isi rumah. Misalnya, jika anda mendaftar dan menerima bonus itu, pasangan anda tidak boleh mendapatkannya juga bagi akaun mereka.

 

Bonus Isi Semula

Bonus isi semula adalah versi kecil bonus permulaan yang diberikan kepada pemain yang menambah wang ke akaun mereka. Ia sentiasa kurang daripada bonus permulaan — antara 5% hingga 10% adalah jangkaan munasabah, tetapi ada beberapa kasino yang menawarkan sehingga 25%. Syarat bermain juga biasa dilihat, tetapi ia lebih kecil berbanding yang dikenakan ke atas bonus permulaan.

Bonus Pengeluaran

Apabila pemain mengeluarkan wang dari akaun, ada kalanya kasino menawarkan bonus pengeluaran. Tetapi mengapa kasino membayar wang kemenangan dan bonus sekali? Biasanya, ia kerana syarat bermain yang besar. Kasino berharap untuk mendapatkan kembali kerugian yang dialami sebelum anda meninggalkan kasino mereka. “Bonus” ini kurang popular dengan pemain dan sangat jarang diberikan oleh kasino yang disegani.

Tawaran Yang Disiarkan

Kasino dalam talian sentiasa menyiarkan tawaran bonus permulaan dan bonus isi semula. Mereka juga mempunyai promosi bermusim atau masa terhad yang menawarkan sesuatu ekstra untuk kedua-dua pemain baru dan sedia ada jika kod kupon digunakan.

Selain daripada laman web utama kasino, cuba lihat akaun sosial media mereka. Kadang kala tawaran istimewa hanya disiarkan melalui Facebook, Twitter dan Instagram.

Buku Kupon

“American Kasino Guide” adalah terbitan tahunan yang popular. Ia adalah panduan pelancongan ke kasino di seluruh Amerika Syarikat, tetapi ramai yang membelinya kerana kupon-kupon ekslusif yang terkandung di dalamnya.

Kasino dalam talian juga menyertakan kod promo dan kupon dalam Panduan ini walaupun perjudian dalam talian diharamkan hampir di seluruh Amerika Syarikat. Beberapa daripada tawaran ini adalah dari kasino luar negara, jadi ia bukan suatu isu bagi penduduk A.S. Selain itu, ia juga mengandungi kupon dari negeri New Jersey yang membenarkan perjudian dalam talian.

Bonus Tanpa Deposit

“Bonus tanpa deposit” merujuk kepada semua bonus yang tidak terikat secara langsung kepada deposit. Ia diberikan dalam bentuk putaran percuma atau jumlah mainan percuma yang terhad. Ia diberikan kepada akaun baru sebagai promosi masa terhad atau ditawarkan sekali-sekala kepada pemain sedia ada.

cashback casino rebates

Anda boleh menggunakan bonus ini serta-merta, tetapi sebilangan daripadanya dikenakan syarat bermain ke atas kemenangan yang dimenangi dengan bonus ini. Jika anda mengeluarkan wang sebelum memenuhi syarat-syarat ini, anda mungkin melepaskan wang kemenangan itu.

Bonus Rujukan

Beberapa kasino dalam talian menganjurkan program “rujuk rakan anda” yang menawarkan putaran percuma atau mainan percuma jika anda berjaya menggalakkan rakan anda untuk berdaftar. Mereka menyediakan e-mel promosi untuk dimajukan kepada kenalan anda atau kod rujukan unik yang dibenam dengan pautan yang boleh disiarkan pada laman web atau forum.

Bonus “Fantom ” dan “Lekit”

Anda akan melihat frasa ini terikat pada beberapa bonus yang biasa dilihat. Jika bonus itu “lekit” (sticky), ia tidak boleh dikeluarkan dan ia dikira secara berasingan daripad dana deposit anda. Bonus “fantom” (phantom) pula berbeza sedikit daripada bonus lekit. Ia ditambah terus ke akaun anda tetapi dialihkan secara automatik apabila anda membuat pengeluaran.

bonus rules and limitations

Katakan anda mendeposit $100 dan menerima bonus padanan sebanyak 100%. Jika bonus padanan itu melekit, ia akan muncul pada kaunter yang berasingan. Sambil anda bertaruh, permainan akan menolak dana daripada kaunter bonus lekit untuk membiayai putaran dan hand yang kalah. Bagi bonus padanan jenis fantom, anda akan melihat $200 dalam akaun anda selepas mendeposit $100 pertama. Akan tetapi, jika anda cuba mengeluarkan wang dengan serta-merta, $200 akan berkurang sehingga $0, dan anda hanya boleh mendapat kembali $100 yang didepositkan.

Bonus Insurans

Sesetengah kasino menawarkan bonus yang direka untuk melindungi kerugian anda dalam bentuk mainan percuma. Jadi, jika anda menaruh $100 dan kalah, bonus insurans mengembalikan $100 pertama anda dalam bentuk mainan percuma. Anda tidak boleh mengeluarkan bonus insurans, tetapi anda boleh menyimpan kemenangan anda. Anda biasanya akan melihat bonus insurans sebagai ganjaran semasa mencipta akaun baru.

new player sign-up bonuses

Bonus Kesetiaan dah Ganjaran Percuma

Jika anda pernah bermain di kasino tradisional, anda mesti pernah lihat kad kelab pemain. Kad ini dimasukkan ke dalam mesin yang kemudian menjejak aktiviti anda dan memberikan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk ganjaran percuma (comps) seperti sajian, bilik hotel atau mainan percuma.

Kasino dalam talian juga menawarkan kelab pemain dan mata ganjaran. Bonus jenis ini biasanya diikat kepada bonus lain dan mampu mengurangkan kelebihan tuan rumah.

Lihat Pemain Menebus Bonus Tanpa Deposit

Renungan Terakhir

Jika anda seorang pemain kasual yang mencari keseronokan, anda mungkin teragak-agak dengan syarat bermain yang terikat pada ganjaran kasino dalam talian. Pemain serius yang menaruh wang sebenar menggunakannya sebagai alat pelengkap dalam perjudian mereka kerana bonus-bonus ini memberikan kelebihan yang ketara.

Kita semua tahu bahawa tuan rumah sentiasa mempunyai sedikit kelebihan ke atas taruhan yang anda lakukan. Kupon mampu menyamakan kelebihan ini. Apabila anda bermain dengan wang tuan rumah, anda memiliki kelebihan sementara. Oleh itu, luangkan masa anda untuk mencari kod dan kupon yang terbaik dan gunakannya untuk kelebihan anda.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1.00 out of 5)
Loading...