Sejarah Mesin Slotmobile slots jackpot

Mesin slot telah menjadi permainan utama kasino sejak variasi tiga gelung yang asal muncul pada akhir 1800-an. Sejak itu, ia telah berkembang daripada sistem mekanikal sepenuhnya kepada elektronik sepenuhnya. Kini, slot video moden boleh didapati di kasino sebenar dan dalam talian.

 

video slots

Slot  Dalam Talian Percuma

Tidak kira apa pun jenis mesin slot yang anda minati, anda boleh bermain secara percuma dalam talian, meskipun slot klasik tiga gelung. Kelebihan bermain dalam talian adalah anda boleh menggunakan bonus tanpa deposit, iaitu salah satu promosi terbaik yang disediakan kepada pemain slot.

Slot video yang sangat popular di lantai kasino seperti Buffalo, Wheel of Fortune, dan Kitty Glitter, turut disediakan di banyak kasino dalam talian. Tiada perbezaan ketara antara versi mesin sebenar dan dalam talian, melainkan keupayaan untuk mencegah bau asap rokok dan tidak perlu menunggu minuman sampai!

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang mesin slot. Atau pilih topik yang berkaitan daripada senarai di bawah:

  • Slot mudah alih
  • Slot taruhan tinggi
  • Cara bermain slot
  • Slot dalam talian
  • Jackpot progresif
  • Slot wang sebenar
  • Bonus slot
  • Mesin slot

Cara Bermain Mesin Slotslot machine bonus

Faktor utama populariti slot yang masih bertahan adalah ia amat mudah untuk dimain. Anda tidak perlu belajar apa-apa peraturan atau strategi; hanya putar gelung dan harap yang terbaik!

Untuk mencari mesin slot dengan pulangan tertinggi, tanya…

  • Apakah jadual pembayarannya, atau jangkaan pulangan?
  • Adakah ia menawarkan pusingan bonus yang menarik dan menguntungkan?
  • Adakah ia seronok dan menghiburkan untuk dimain?

777 cherry slots

Jadual Pembayaran Slot

Jadual pembayaran akan memberitahu anda dua perkara penting: berapa banyak yang akan dibayar oleh mesin bagi setiap garisan bayaran, dan berapa banyak kelebihan kasino ke atas anda dalam permainan tertentu.

Bahagian pertama ini cukup mudah untuk difahami, dan kasino menyediakan maklumat ini kepada anda dalam jadual pembayaran. Sebagai contoh, jadual pembayaran akan memberitahu anda bahawa tiga simbol “7” dalam satu barisan akan membayar anda 50 kali ganda daripada jumlah pertaruhan anda, manakala tiga ceri pula hanya memberikan 3 kali ganda pertaruhan.

Nisbah Peluang dan Pulangan untuk Slot Kasino

Bahagian kedua pula bukanlah sesuatu yang akan disediakan oleh kasino kepada anda, jadi anda perlu membuat sedikit pengiraan dan menentukan kelebihan mereka (dengan menggunakan jadual pembayaran). Kelebihan kasino di mana-mana mesin slot biasanya ditulis dalam bentuk peratusan, selalunya dalam julat 85% hingga 95%. Proses pengiraan ini agak rumit, tetapi ulasan mesin slot yang baik selalunya akan memberikan anggaran mereka sendiri.

Pulangan kepada Pemain (RTP)

Katakan satu mesin slot dianggarkan untuk memberi pulangan sebanyak 93%. Sepanjang tempoh anda bermain mesin itu, anda boleh menjangkakan kasino untuk menyimpan kira-kira 7% daripada wang pertaruhan anda.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran pulangan secara purata; ia tidak bermakna bahawa setiap sesi akan berakhir dengan anda kerugian 7%. Anda boleh kerugian wang 100% dalam mana-mana sesi perjudian, sama juga anda boleh memenangi jackpot yang besar dan meraih keuntungan yang besar. Jangkaan pulangan hanya memberikan gambaran yang lebih baik tentang kemungkinan terpencil ini boleh berlaku. Semakin tinggi jangkaan pulangan, semakin banyak peluang yang anda ada untuk bertahan dan mendapat keuntungan besar.

Program Kesetiaan untuk Pemain Slot Dalam Talian

Memang benar bahawa kasino sentiasa mempunyai kelebihan, tetapi terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kelebihan mereka. Mengambil bahagian dalam program kesetiaan (jika ditawarkan) dan mendapat bonus slot untuk perjudian anda akan membantu untuk mengimbangi kerugian anda dan meningkatkan jangkaan pulangan. Selain itu, penggunaan bonus slot dengan bijak akan lebih membantu memberi kelebihan kepada pihak anda.

slot bonuses

Bonus

“Pusingan bonus” dalam perjudian slot biasanya bermula apabila corak simbol “bonus” atau “rawak” (“wild”) yang tertentu muncul dalam permainan semasa gelung diputar. Mesin slot mempunyai pelbagai jenis pusingan bonus. Dalam kebanyakan situasi, ia memberikan anda beberapa siri putaran percuma di mana anda dapat menyimpan kemenangan anda.

Pusingan bonus perlu diambil kira dalam jangkaan pulangan bagi mana-mana mesin slot. Dengan sesetengah mesin slot, pulangan yang rendah dalam permainan utama meningkat kepada tahap 90% dengan kewujudan pusingan bonus!

Slot Turning Totems oleh Thunderkick – Gameplay Video

Bermain untuk Suka-suka

Kebanyakan pemain slot menyedari bahawa mereka tiada banyak kelebihan. Mereka tidak berharap untuk mencari pendapatan daripada bermain slot seperti pemain poker atau penjudi sukan. Mereka bermain kadangkala untuk suka-suka dan keterujaan untuk mengejar jackpot yang besar. Matlamat mereka lebih kepada menjadikan bankroll bertahan selama yang mungkin sambil berseronok dan cuba mendapat seberapa banyak kemenangan besar yang boleh.

Penyampaian permainan slot adalah faktor utama dalam popularitinya, lebih jauh berbanding jangkaan peratus pulangan (yang mana tidak disedari oleh majoriti pemain). Teras penyampaian ini adalah lampu, bunyi, dan reka bentuk keseluruhan. Slot video benar-benar telah membawanya ke tahap yang lebih tinggi sejak kebelakangan ini dengan menggabungkan babak animasi atau klip daripada filem dan rancangan TV popular. Ramai pemain memilih permainan kesukaan mereka berdasarkan keseronokan yang mereka alami berbanding jumlah wang yang dijangka untuk menang.

online casino odds

Petua Berlatih

Anda mungkin rasa agak remeh untuk “berlatih” permainan yang tidak melibatkan kemahiran sebenar. Bagaimanapun, mencuba slot sebagai pandu uji tanpa risiko sebenarnya satu idea yang bernas. Ini akan membantu anda menentukan permainan yang anda paling suka, malah boleh memberi petunjuk tentang permainan yang anda berpeluang untuk menang.

Banyak kasino menawarkan mod “percuma” atau mod “latihan” supaya anda boleh bermain slot tanpa bertaruh wang sebenar. Anda cuma perlu beri perhatian kerana mungkin terdapat slot “looser” dalam mod ini, ataupun mesin dengan jangkaan pulangan yang lebih tinggi; bergantung pada terma agensi yang mengawal selia slot ini.

slot machine faq

Soalan-soalan Lazim Mesin Slot

Adakah peratus pulangan mesin slot berbeza-beza semasa anda bermain?

Di kasino yang beretika dan dikawal selia dengan baik, jangkaan pulangan tidak akan berubah. Orang ramai biasanya percaya bahawa kasino akan “mengetatkan” atau “melonggarkan” slot secara berkala, contohnya mengetatkan balik nisbah peluang selepas seseorang mendapat jackpot. Akan tetapi, kasino yang dikawal selia dengan baik tidak akan berbuat demikian.

Bagaimanakah jackpot slot progresif berfungsi?

Jackpot slot progresif mengandungi pertaruhan daripada perjudian slot pemain sebelum itu. Sebilangan kecil peratusan bagi setiap pertaruhan dimasukkan ke dalam jackpot. Di kasino sebenar, jackpot progresif kebiasaannya dihubungkan dengan bank mesin yang tertentu, ataupun setiap mesin jenis yang sama di seluruh bangunan. Kasino dalam talian membenarkan jackpot progresif untuk lebih mudah disumbangkan oleh ramai pemain. Progresif akan terus meningkat sehingga seorang pemain mendapat jackpot, di mana kemudian mereka akan mengeset semula kepada jumlah tetap yang kecil dan mula meningkat sekali lagi.

Apakah perbezaan antara slot gelung dan slot video?

Slot gelung dicipta berdasarkan bentuk slot mekanikal yang asal. Gayanya agak ringkas, kebiasaannya dengan sembilan garisan bayaran dan tiada mod bonus. Slot video boleh mempunyai banyak garisan bayaran yang memeningkan yang bergerak dalam pelbagai corak serta variasi pusingan bonus yang sama banyak.

Terdapat satu tanggapan popular bahawa slot gelung lebih menguntungkan daripada slot video kerana ia lebih mudah untuk diselenggara dan dijalankan. Di sesetengah kasino sebenar, ini boleh jadi betul kerana jika sesuatu mesin slot video itu lebih canggih, lebih sukar untuk mengimbangi kos operasinya. Bagaimanapun, tiada sebarang jaminan bahawa slot gelung mempunyai jangkaan pulangan yang lebih tinggi daripada slot video.

Adakah terdapat perbezaan antara mesin buah UK dan slot jenis yang lain?

“Fruit Machine” is merely UK slang for a slot machine, but there is a perception that UK machines pay out worse than slots in other parts of the world. That's because, for a long time, UK law did not require machines to have a minimum payout percentage. In contrast, gaming venues like Nevada set a legal minimum of 75%. “Mesin Buah” adalah slang UK untuk mesin slot, tapi terdapat persepsi yang pulangan mesin UK jauh lebih teruk dari slot di bahagian lain di dunia. Ini kerana, dalam satu jangka masa yang lama, undang-undang UK tidak memerlukan mesin untuk mempunyai peratusan pulangan minimum. Sebaliknya, tempat perjudian seperti Nevada menetapkan undang-undang minimum 75%.

Suruhanjaya Perjudian UK kini mewajibkan kasino dalam talian yang dikawal selia untuk menetapkan peratus pulangan minimum sebanyak 80% untuk perjudian slot. Walau bagaimanapun, banyak kasino di UK akan meletakkan peratus pulangan yang lebih baik daripada ini kerana ia bagus untuk bisnes jika pemain tidak kehilangan wang mereka terlalu cepat.

Mengapakah mesin slot selalu sangat menggunakan simbol buah-buahan?

Nombor tujuh terkenal sebagai nombor tuah dalam pelbagai budaya, namun simbol buah-buahan asalnya datang daripada banyak slot yang memberi makanan atau minuman sebagai hadiah di sebalik wang tunai supaya tidak berselisih dengan undang-undang perjudian. Simbol “BAR” sebenarnya datang daripada mesin yang dibuat oleh Bell-Fruit Gum Company, yang mencipta mesin sendiri yang memberikan gula-gula sebagai hadiah pada awal 1900-an.

Apakan yang akan berlaku jika mesin slot dalam talian mempunyai glic ketika saya bermain?

Mesin di kasino sebenar selalunya memaparkan penafian “kerosakan akan membatalkan semua pertaruhan,” dan polisi ini cenderung dibawa masuk ke kasino dalam talian juga. Jika glic itu memberikan kemenangan yang besar kepada pemain, secara umumnya kasino tiada kewajipan untuk membayarnya. Lazimnya, kasino akan menawarkan pampasan yang lebih kecil supaya pemain itu berpuas hati. Jika glic itu menjejaskan bankroll pemain, kasino yang bereputasi baik selalunya akan membetulkan keadaan (andai kata pemain melaporkannya). Glic yang berlaku di tengah-tengah pertaruhan selalunya akan menolak pertaruhan tersebut dan mengembalikan jumlah taruhan kepada pemain.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...