Poker Vegas

play vegas poker

Las Vegas dan poker mempunyai hubungan yang kuat terutamanya disebabkan oleh pertandingan seperti World Series of Poker yang dianjurkan setiap tahun di sana.

Tetapi jika anda bukan seorang pemain profesional bertaraf tinggi, Vegas bukanlah tempat yang terbaik untuk berjudi. Sudah tentu, glamor bermain poker di tempat seperti Bellagio mempunyai tarikan yang tersendiri, tetapi kos lumayan, pertaruhan meja yang tinggi, dan “jerung” kad profesional boleh melesapkan bankroll anda dengan pantas. Sebenarnya, lagi kurang pengalaman anda, lagi anda patut mengelakkan untuk berjudi di Strip!

Perjudian dalam talian kini mampu mereplikasi tarikan poker Vegas dengan mudah, dan anda akan menikmati kelebihan tertentu yang tidak boleh ditandingi oleh bilik poker tradisional.

Panduan Pemain Poker Vegas

guide to vegas poker

Dalam panduan ini, kita akan melihat bagaimana poker berfungsi di Vegas dan membandingkan pengalaman yang diterima dalam talian. Kami juga anda meliputi setiap kelebihan penjimatan wang yang dialami apabila anda berjudi di tumah. Mesin poker video Las Vegas versi dalam talian juga akan diulas, serta kelebihan unik yang ditawarkan kepada pemain poker meja dan poker video.

Jika anda berhasrat untuk berjudi dalam pertandingan di Vegas suatu hari nanti, kami akan membincangkan tentang jenis poker yang paling lazim dimainkan dalam acara ini dan bagaimana anda boleh menajamkan kemahiran anda dalam talian.

Bagaimana Bilik Poker Vegas Berfungsi

vegas online mobile

Meskipun di kasino terbesar, bilik poker di Vegas selalunya dibina dalam saiz kecil. Bilik poker yang terbesar di Vegas ialah Sands Room di Venetian, dengan 59 meja. Namaun begitu, bilik sebesar itu tidak dilihat di tempat lain—kebanyakan kasino utama lain hanya mempunyai kira-kira 10 hingga 2o meja. The Rio, yang menganjurkan World Series of Poker setiap tahun, mempunyai 14 meja yang kerap disediakan.

Banyak kasino bernama besar telah berhenti menawarkan poker sama sekali sejak kebelakangan ini. Ini termasuklah Palms, Tropicana, Hard Rock, Luxor, dan Monte Carlo. Mengapakah kasino memansuhkan poker meja? Senang cerita, ia tidak memberi keuntungan kepada mereka. Mesin slot membawa lebih banyak wang setiap malam berbanding meja poker, yang lebih cenderung untuk dihuni oleh “paus.”

Sesetengah kasino mendapati poker begitu merugikan, mereka memutuskan bahawa ruang kosong lebih baik daripada terus menyelenggara meja! Sebagai contoh, Texas Station meletakkan dinding palsu untuk menyembunyikan bilik poker yang lama.

Namun begitu, poker belum dilupakan di Vegas bukan kerana tiada minat daripada pemain. Ia disebabkan perbelanjaan dan kos tetap. Satu-satunya cara untuk kasino meraih keuntungan daripada poker adalah dengan mengecaj yuran mengikut jam kepada pemain, ataupun yuran kaut (rake) bagi setiap pot. Meja poker juga memerlukan kakitangan, yang menjadikan ia lebih mahal daripada mesin slot.

Lebih sedikit meja, lebih cenderung medan ini ke arah pemain profesional berpengalaman dengan bankroll yang besar. Itulah sebabnya bilik poker Vegas menjadi satu pilihan yang buruk untuk pemain yang tidak banyak pengalaman atau dana yang kecil. Pertaruhan meja Vegas tidak pernah kurang di bawah satu atau dua dolar, dan rake standard adalah 10% dengan maksimum sebanyak $3 hingga $5 bagi setiap pot. Walaupun perjudian satu atau dua dolar dengan kaut maksimum sebanyak $3 tidak kedengaran seperti mahal, terdapat juga bayaran masuk minimum untuk dipertimbangkan—pada standard Vegas sebanyak $100 hingga $200 untuk permainan peringkat bawahan. Petua orang lama mengesyorkan bankroll minimum sebanyak $300 hingga $600—tiga kali nilai bayaran masuk—bagi setiap hari anda ingin berjudi.

Kebanyakan pemain bukan profesional tiada wang untuk terus berjudi mengikut had meja Vegas begitu lama, memandangkan kualiti persaingan di sini. Dan ini semua sebelum anda mengambil kira perbelanjaan tambahan bagi perjudian dan perjalanan ke Vegas!

Perbelanjaan Tambahan

Mari fikirkan tentang perbelanjaan tambahan itu buat seketika.

Pertama sekali, jika anda tidak tinggal di Vegas atau berhampiran, akan terdapat kos perjalanan. Selain daripada pengangkutan, ada juga kos penginapan. Anda boleh dapatkan promosi hotel yang bagus dari hari Ahad hingga Khamis jika tiada konvensyen atau acara besar sedang diadakan. Tetapi jika anda ingin berada berhampiran Vegas Strip pada malam Sabtu atau Ahad, harga hotel boleh berlipat sekurang-kurangnya tiga kali ganda. Ia boleh lebih tinggi lagi pada cuti hujung minggu tiga hari berturut-turut. Apabila pasukan Raiders berkunjung ke Vegas, anda boleh jangkakan harga untuk malam perlawanan untuk turut meningkat.

Kos-kos ini tidak berakhir di situ! Kemudahan untuk makan di kasino datang pada harga premium. Selain itu, ia menjadi kebiasaan untuk memberi tip bagi setiap perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan kasino. Ini bermakna dealer (bagi setiap pot yang dimenangi), pelayan dan juruwang atau pembantu lantai kasino.

Semua perbelanjaan tambahan ini mesti dipertimbangkan selain daripada $300-$600 minimum yang perlu diketepikan untuk bermain poker di Vegas.

Jenis Poker yang Dimainkan di Vegas

find poker tournaments online

Walaupun Vegas bukan satu tempat yang bagus untuk belajar cara bermain poker, ia satu destinasi impian untuk pemain profesional yang bermain dalam pertandingan taruhan tinggi. Disokong oleh penaja, mereka boleh menikmati pengalaman ini tanpa bimbang tentang kerugian wang peribadi.

Jika anda berharap untuk menyertai taraf terkemuka ini suatu hari nanti, anda perlu fokus pada tiga jenis poker: Texas Hold'em, Omaha Hold'em, dan Seven-Card Stud. Anda juga perlu membiasakan diri dengan variasi “lowball” bagi setiap permainan—di mana peraturan akan tetap sama tetapi nilai kad dan hand disongsangkan.

Setiap malam di Vegas, meja-meja judi akan dipenuhi oleh salah satu daripada tiga permainan ini. Satu-satunya pengecualian boleh jadi beberapa meja yang mengelolakan draw poker atau permainan poker Cina.

Poker Video Vegas

play texas hold'em or omaha
Sudah tentu, terdapat banyak mesin poker video di lantai kasino Vegas. Walaupun tidak begitu menguntungkan berbanding slot, mesin ini masih membawa wang yang banyak kepada kasino.

Malangnya, ini kerana ia tidak memiliki jadual bayaran yang menguntungkan, dan Strip sangat terkenal kerana mempunyai jadual bayaran yang paling teruk. Jadual “bayaran penuh” tradisional telah disingkirkan sama sekali di sesetengah kasino, dan dikurangkan menjadi satu bank di kasino lain. Permainan selebihnya tidak memberi ganjaran lumayan percuma seperti permainan lain, dan di sesetengah lantai kasino Vegas, amat sukar untuk mencari permainan Jacks or Better—salah satu varian yang paling disukai pemain.

Kelebihan yang Hanya Akan Ditemui Dalam Talian

best poker strategies

Kita sudah pun membincangkan kelemahan bermain poker di Vegas. Berjudi dalam talian akan menyediakan anda dengan jenis permainan yang sama sambil membolehkan anda untuk memintasi kelemahan tersebut. Semasa dalam talian, anda boleh menjangka tiada perbelanjaan sampingan, pertaruhan meja serendah satu atau dua sen bagi setiap hand, dan tiada kekurangan meja.

Poker dalam talian juga satu-satunya tempat di mana anda akan menemui pertandingan “freeroll,” atau pertandingan yang tidak memerlukan anda untuk meletakkan wang sebenar namun memberi ganjaran wang tunai. Jika anda cuma mahu berlatih tanpa sebarang risiko, terdapat banyak bilik “wang mainan” di mana orang lain pada tahap kemahiran yang sama boleh bersaing.

Semakin anda memperoleh pengalaman, anda akan dapati bahawa poker dalam talian membolehkan anda berjudi lebih banyak hand dalam sejam, yang akan menambah kepada jumlah keseluruhan pendapatan anda. Anda juga boleh berjudi di beberapa meja secara serentak untuk meningkatkan pendapatan anda.

Anda juga akan kurang kerugian wang kepada rake semasa bermain dalam talian. Rake untuk permainan dalam talian boleh dikatakan sama dengan caj bawahan meja poker sebenar, tetapi kebanyakan laman akan membayar balik kira-kira 25% hingga 50% daripada dana rake anda sebagai bonus rakeback setiap bulan.

Jika anda inginkan perjudian taruhan tinggi Vegas, ia juga boleh didapati dalam talian, tetapi anda tidak akan dipaksa ke dalam pertaruhan atau terma yang tidak diingini disebabkan kekurangan pilihan.

Mengalahkan Poker Vegas

poker seat positioning and how to bet

Akhir sekali, cara yang terbaik untuk mengalahkan sistem Vegas adalah dengan duduk di rumah. Anda mendapat segala-gala yang ditawarkan oleh poker Vegas dalam talian, tetapi pada terma yang lebih bagus dan kos yang lebih rendah.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...