Poker Percuma

play free poker

Bermain poker dalam talian menawarkan peluang yang unik untuk menajamkan kemahiran anda tanpa sebarang risiko, dan memenangi wang sebenar tanpa perlu bertaruh wang anda sendiri!

Jika anda ingin berlatih, terdapat permainan percuma dan pertaruhan mikro dalam talian yang tidak sama seperti di dalam bilik poker sebenar. Anda juga boleh menyertai pertandingan “freeroll” tanpa meletakkan wang sama sekali, dan jika anda menang hampir atau di kedudukan teratas, anda boleh pulang dengan hadiah wang tunai.

Panduan Pemain Poker Percuma

practice poker for free

Panduan ini akan membantu anda mencari permainan percuma yang membolehkan anda untuk berlatih kemahiran anda tanpa risiko. Apabila anda bersedia, anda juga boleh menyertai beberapa pertandingan percuma yang memberi ganjaran wang tunai sebenar. Kami juga akan menjelaskan beberapa cara untuk menggunakan bonus kasino dan bilik poker untuk bermain permainan tunai menggunakan wang tuan rumah!

Di manakah Saya Boleh Dapatkan Permainan Poker Percuma untuk Berlatih?

free poker online

Banyak bilik poker dan kasino terbesar dan paling popular dalam talian mempunyai kawasan berlatih percuma untuk pemain baru yang ingin belajar berjudi tanpa sebarang risiko. Sebagai contoh, PokerStars mempunyai mod “wang mainan” yang boleh diakses tanpa melakukan deposit. Anda akan dapat berjudi di meja bersama pemain baru lain yang juga sedang mempelajari permainan ini. World Series of Poker mempunyai versi “suka-suka” percuma yang boleh dimain dalam aplikasi atau di Facebook, dan tersedia kepada pemain di Amerika Syarikat.

Terdapat juga laman yang menawarkan poker percuma yang tiada kaitan dengan operasi pertaruhan wang sebenar. Selalunya mereka membuat keuntungan daripada menyiarkan iklan, atau dengan merujuk pemain ke produk poker—seperti buku panduan.

Contohnya, di 247FreePoker.com, anda boleh main menentang pelbagai personaliti AI tanpa sebarang kos, membolehkan anda untuk berlatih dengan sendiri. Replay Poker membolehkan anda bermain dengan orang lain untuk suka-suka, dan anda boleh melakukannya menerusi pelayar web anda. Malah AOL mempunyai beberapa permainan latihan poker percuma di laman mereka!

Pertaruhan Mikro: Poker Percuma Sepenuhnya

Di kasino sebenar dan meja bilik poker, pertaruhan yang paling rendah selalunya adalah satu atau dua dolar bagi setiap hand. Anda perlukan dana sekurang-kurangnya beberapa ribu dolar untuk bermain dengan selesa buat masa yang panjang.

Dalam talian pula, anda boleh bermain permainan wang sebenar untuk pertaruhan serendah satu atau dua sen bagi setiap hand, dan anda akan menemui ramai pemain di tahap itu. Dana sebanyak $50 sudah cukup jika anda menentang lawan di tahap kemahiran yang sama. Ini dipanggil meja “taruhan mikro,” dan ia membenarkan anda untuk berjudi untuk tempoh yang lama dengan risiko yang amat sedikit.

Pertandingan Freeroll

free poker games win real money

“Freeroll” merupakan istilah bagi sejenis pertandingan yang tidak memerlukan wang untuk disertai, tetapi mempunyai ganjaran wang tunai atau item bernilai lain buat pemenang.

Semua laman poker utama menganjurkan pertandingan freeroll dengan kerap. Bagaimanapun, bukan semua pertandingan ini benar-benar percuma. Sesetengah pertandingan mewajibkan anda untuk membayar mata kesetiaan untuk menyertai, dan mata itu hanya boleh dikumpul dengan bermain hand wang sebenar. Namun begitu, anda selalunya boleh main permainan taruhan mikro (seperti yang diterangkan di atas) sebagai cara untuk mengumpul mata dengan risiko yang kecil.

Beberapa freeroll sebenar antara laman-laman utama termasuklah:

  • Pelbagai pertandingan harian tanpa yuran penyertaan di PokerStars, BetOnline, dan America's Cardroom
  • Freeroll bernilai $2017 pada hari Selasa pertama setiap bulan sepanjang tahun 2017 di Ignition Poker
  • Freeroll $300 setiap malam di FullFlush
  • Bonus Tanpa Deposit dan Tawaran Rakeback: Menjadikan Perjudian Poker Wang Sebenar Anda Percuma

Dengan mengambil kesempatan tawaran bonus bilik poker dan kasino, anda berpotensi untuk berjudi secara percuma dalam permainan wang sebenar.

Kaedah pertama adalah dengan mencari laman yang menawarkan bonus “tanpa deposit.” Ini adalah kredit untuk perjudian akan datang yang boleh dipertaruhkan namun tidak boleh dikeluarkan. Laman-laman juga boleh menawarkan tiket percuma yang menggugurkan yuran penyertaan untuk pertandingan dalam talian mereka. Dalam kedua-dua situasi, anda menerima faedah ini hanya kerana membuka akaun baru. Sesetengah kasino boleh menghantar anda sedikit kredit untuk mengumpan anda berjudi jika anda mencipta akaun tetapi tidak bermain dengan wang sebenar selama lebih kurang seminggu.

Satu lagi pilihan adalah dengan fokus untuk menjadi “pakar rakeback.” Rake merupakan sejumlah wang yang diambil daripada setiap pot oleh kasino untuk membuat keuntungan mereka, selalunya antara 2% hingga 5% untuk permainan dalam talian. Bagaimanapun, laman poker dalam talian lebih unik kerana mereka sering menawarkan bonus rakeback kepada pemain setia. Ini bermakna bahawa pada hujung bulan, mereka selalunya akan mambayar balik kira-kira 25% hingga 50% daripada apa yang telah dikaut daripada pot yang anda menangi. Pakar rakeback adalah seorang pemain pada tahap kemahiran sederhana yang bermain seberapa banyak hand yang boleh, namun fokus pada mendapatkan pulangan modal dan membuat keuntungan daripada rakeback.

Bolehkah Saya Main Poker Video Secara Percuma?

master poker for free

Kasino dalam talian membenarkan anda memcuba permainan poker video mereka menggunakan wang mainan. Sesetengah kasino juga menawarkan bonus tanpa deposit yang boleh dipakai dalam permainan ini atau menawarkan bonus deposit sepadan yang boleh meningkatkan peluang ke pihak anda—jika anda main menggunakan strategi optimum.

Poker Percuma Merata-rata Dalam Talian

no deposit poker money

Terdapat banyak pilihan untuk bermain poker secara percuma dalam talian, daripada meja “untuk suka-suka” kepada pertandingan dengan ganjaran wang tunai. Melibatkan diri dalam perjudian berisiko kecil di meja taruhan mikro juga boleh melayakkan anda untuk masuk percuma ke dalam pertandingan di pelbagai laman poker. Jika anda ingin bermain di meja wang sebenar secara percuma, carilah bonus tanpa deposit. Pilihan dan peluang begitu banyak dan mengujakan.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...