Blackjack Dalam Talian – Semua Keghairahan Kasino dalam Privasi Rumah Anda

Salah satu permainan kasino yang paling popular sepanjang zaman ialah Blackjack dan atas sebab yang baik. Blackjack adalah satu permainan yang bukan hanya bergantung pada nasib semata-mata, tetapi pada betapa pantas anda berfikir dan kemahiran anda sebagai pemain. Kelebihan tuan rumah dalam Blackjack adalah yang terendah daripada mana-mana permainan kasino – yang merupakan satu sebab hebat lain atas popularitinya. Kasino dalam talian membawakan keterujaan mengalahkan dealer kepada PC anda, di rumah anda sendiri! Anda boleh bermain bila-bila masa anda suka, mengikut kesenangan anda dan tidak lagi perlu melancong untuk ke kasino.

play online blackjack for free or real money

Di sebalik kepercayaan popular, Blackjack tidak berasal dari Amerika – tetapi Perancis seperti French fries dan croissant! Asalnya dikenali sebagai Vingt-et-un (bahasa Perancis untuk nombor 21), ia telah dibawa ke Kanada dan Amerika oleh pendatang Perancis pada abad ke-18. Nama Inggeris Blackjack datang daripada bonus istimewa Vingt-et-un, yang mana diterima oleh pemain semasa terkena 21.

Kepada mereka yang tidak biasa dengan permainan ini, dalam Blackjack, anda bermain menentang dealer. Objektif anda adalah untuk mendapat 21 mata tanpa melebihinya, yang dipanggil “bust“. Anda akan diberi dua kad, dan anda perlu menambah mata dan membuat keputusan sama ada untuk mengambil satu lagi kad, yang dipanggil “hit“, atau untuk tidak berbuat apa-apa, yang dipanggil “stand“. Mata ditentukan mengikut nilai muka kad, dengan kad muka dikira sebagai sepuluh, dan Ace dikira sebagai sama ada sepuluh atau satu. Jika dealer mempunyai mata yang lebih sedikit daripada anda dan tiada sesiapa yang melebihi 21, anda menang. Jika anda ada kurang daripada dealer, anda kalah. Jika anda berdua ada mata yang sama, ia dipanggil “push” dan anda tidak menang atau kalah apa-apa. Jika sesiapa terkena 21 dalam dua kad (satu Ace dan mana-mana kad sepuluh mata), ini adalah Blackjack dan sesetengah kasino akan membayar bayaran premium untuknya. Jika dealer terlebih 21, anda menang. Nampak senang? Jika anda mengambil kira semua strategi yang anda boleh gunakan, ia akan menjadi rumit, dan lebih menarik.

risk-free web gambling

Satu strategi yang mudah untuk diikut jika anda tidak suka belajar yang lebih rumit adalah ini: jika dealer mempunyai mempunyai kad kecil (2 hingga 6) ditunjukkan, maka stand walaupun jika anda mempunyai 13. Kemungkinan besar dealer akan bust, dan anda akan menang walaupun dengan kad yang rendah. Jika tidak, adat resam mengajar yang anda harus stand pada 17. Ini adalah cara mudah untuk memulakan permainan, tetapi ia akan menjadi lebih mencabar dan seronok apabila anda mula bermain menggunakan kaedah yang lebih sukar dan lebih memahami secara menyeluruh tentang peraturan ini.

Peraturan pertama yang perlu diberikan perhatian adalah Mengalah (Surrender). Bukan semua permainan boleh mengalah, tetapi permainan yang menawarkannya membenarkan anda untuk fold hand anda dan hanya kalah separuh daripada pertaruhan anda jika anda rasa anda tiada peluang menentang dealer. Terdapat dua jenis mengalah – awal dan lewat. Mengalah awal adalah apabila dealer membenarkan anda untuk fold sebelum dia memeriksa kadnya untuk Blackjack, dan mengalah lewat berlaku apabila dia sudah memeriksa jika dia tidak mempunyai Blackjack. Atas sebab-sebab yang ketara, ini sukar dilakukan dalam versi dalam talian permainan ini.

Satu lagi peraturan dan pilihan pemain boleh jadi agak menguntungkan dipanggil “Double Down.” Double down membenarkan anda membuat satu lagi pertaruhan ke atas nilai pertaruhan asal anda sebelum kad ketiga diambil. Pelaung terbaik anda adalah untuk double down semasa dealer mempunyai nilai kad terbuka yang rendah; 2 hingga 6, yang mana dia akan bust antara 35%-42% sepanjang masa. Jika anda pemain baru, lebih baik jika anda menggunakan peraturan asas ini – tetapi jika anda ingin mencuba strategi yang berisiko tinggi, cuba double down dengan sepuluh menentang sembilan milik dealer, atau sebelas menentang sepuluh milik dealer. Ramai pemain takut untuk double down kerana mereka takut kehilangan lebih daripada pertaruhan asal mereka, tetapi statistik menunjukkan bahawa pemain yang menggunakan strategi ini lebih kerap menang. Memang benar, anda akan kalah kadang-kadang, tetapi itulah lumrah permainan ini!

double down

Salah satu masa yang terbaik untuk double down adalah semasa anda memisahkan pasangan (Splitting Pairs), walaupun sesetengah kasino tidak membenarkannya. Jika anda mendapat dua kad jenis yang sama, anda boleh split kad itu dan bermainnya sebagai dua hand. Memisahkan pasangan adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan peluang tuan rumah dan sebenarnya diperkenalkan atas sebab itu. Ia juga salah satu peraturan dan strategi yang paling disalah faham dalam permainan ini. Peraturan ini menyatakan bahawa anda tidak boleh split sesuatu hand tanpa meletakkan jumlah pertaruhan bersamaan dengan pertaruhan asal anda pada hand kedua, jadi ini akan menggandakan kekalahan anda jika tidak dimain dengan betul, tetapi boleh menggandakan kemenangan anda juga. Jika anda double down pada pasangan split, anda berpeluang untuk menang dengan pantas. Satu kekurangan daripada split adalah anda tidak boleh mendapat bonus Blackjack pada hand kedua anda, kerana hanya hand pertama yang dikira terhadap Blackjack. Banyak kasino dalam talian juga tidak membenarkan split Ace – tiada apa-apa yang lebih teruk lagi daripada split Ace dan mendapat satu lagi Ace!

Strategi klasik untuk split pasangan adalah seperti jadual ini:

strategy table

Terdapat strategi yang lebih berisiko untuk digunakan, tetapi inilah asas-asas yang akan berjaya membantu anda dalam pelbagai hand. Ace adalah salah satu kad yang paling rumit untuk diputuskan dalam Blackjack. Satu Ace boleh dikira sebagai satu mata, dipanggil kad kecil “Soft” atau sebagai 11 mata, dipanggil kad besar “Hard“. Blackjack selalunya satu kad muka dan satu Ace, tetapi ia boleh jadi rumit untuk menentukan bila untuk hit atau stand apabila salah satu kad anda adalah Ace. Melihat pada hand yang biasa, bayangkan anda mengambil Ace dan 2. Dalam bahasa Blackjack, ini dikatakan anda mempunyai sama ada 13 besar (Hard 13) atau 13 kecil (Soft 13). Ini dipanggil soft dan hard hands. Haruskah anda mengambil satu lagi kad? Ini bergantung sepenuhnya pada kad dealer yang terbuka.

play blackjack on windows phones for free or real money

Beberapa strategi asas mengatakan anda harus sentiasa hit jika anda mempunyai 8 besar (hard 8) atau lebih kecil, dan stand jika anda mempunyai 17 besar (hard 17) atau lebih tinggi, atau 19 (soft 19) atau 20 kecil. Jika anda mempunyai 16 besar (hard 16) atau lebih kecil dan dealer menunjukkan 7,8,9,10, atau Ace, anda harus hit. Ini juga benar jika anda mempunyai 11 besar (hard 11) atau lebih kecil dan dealer mempunyai 4,5, atau 6.

Variasi 21 Klasik:

  • Blackjack ala Las Vegas
  • Blackjack berbilang dek
  • Blackjack Hi-Lo
  • Blackjack Sepanyol
  • Blackjack Atlantic City
  • Blackjack Eropah

Aplikasi dan Laman Latihan Percuma

Ia jadi mencabar apabila anda mempunyai 18 kecil (soft 18) kerana ini betul-betul satu tempat yang samar-samar. Lihat dengan teliti kad dealer. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa anda harus hit hanya jika dealer menunjukan 9,10, atau Ace – tetapi yang lain menasihatkan supaya anda stand dalam semua situasi. Inilah masa gerak hati anda dipakai – gunakan ia dengan bijak. Ramai pemain profesional mengatakan gerak hati mereka, bukan peraturan, adalah kunci kejayaan mereka!

Peraturan yang sering dipandang serong dalam Blackjack adalah Insuran (Insurance). Jika dealer mendapat Ace, semua pemain boleh mengambil insuran, satu pertaruhan tambahan supaya dealer akan mendapat Blackjack. Pemain boleh bertaruh sehingga 1/2 pertaruhan asal mereka, dan boleh dibayar 2:1 jika benar-benar dealer mendapat sepuluh pada kad kedua. Insuran jelas sekali melebihkan tuan rumah jadi kebanyakan buku strategi tidak mensarankannya. Walau bagaimanapun, ada masanya apabila pemain harus mengambil insuran. Jika semasa melihat di sekeliling meja (jika bermain permainan dalam talian bersama pemain lain) anda tidak melihat sepuluh dan tidak melihatnya buat beberapa lama, maka anda harus menjangkakan sepuluh akan keluar pada bila-bila masa. Ini adalah masa yang sesuai untuk mengambil insuran!

play blackjack online free win real money

Satu lagi bahagian permainan yang penting adalah untuk memahami bagaimana dealer bermain. Setiap kasino dalam talian (dan semua kasino sebenar juga) mempunyai peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh dealer. Disebabkan kasino dalam talian dimainkan oleh komputer, peraturan ini diprogram ke dalam enjin. Peraturan dipaparkan dengan jelas di meja atau di atas skrin supaya semua pemain boleh melihat dan memahaminya. Di kebanyakan kasino dalam talian, dealer mesti stand pada 17 – tidak kira sama ada ia besar (hard) atau kecil (soft). Sesetengah kasino membenarkan dealer untuk hit pada 17 kecil (soft 17) – yang mana akan meningkatkan peluang tuan rumah.

play online blackjack for free

Strategi yang lebih mahir melibatkan Mengira Kad (Card Counting) – ini menguji memori anda kerana anda mengira setiap kad yang dimainkan di meja dan cuba untuk mengingati kad yang sudah dimain, dan kad yang masih boleh dimain. Mengira Kad dilarang di kebanyakan kasino, dan jika dealer melihat anda sedang cuba untuk menggunakan teknik ini, mereka akan terus mempercepatkan permainan. Kasino dalam talian selalunya berjalan terlalu pantas untuk anda menggunakan strategi ini dengan berkesan.

Kasino dalam talian mempunyai kelebihan tambahan buat pemain Blackjack baru – permainan latihan dalam talian yang membenarkan anda untuk bertaruh wang mainan sehingga anda belajar selok-belok permainan! Permainan latihan ini akan membantu anda menguji strategi di atas sehingga anda selesa dengan permainan berentak pantas, dan ingin beralih kepada wang sebenar. Banyak kasino dalam talian juga membenarkan anda untuk bermain dengan jumlah wang yang kecil sehingga anda selesa dan menawarkan bonus kerana mendaftar. Sesetengah kasino juga menawarkan Blackjack berbilang dek – yang akan meningkatkan peluang pulangan anda, tetapi lebih mencabar, dan meningkatkan kelajuan permainan. Kasino dalam talian juga menawarkan skrin berwarna-warni dan interaktif yang seronok dimain dan turut memberikan keterujaan kasino sebenar. Dengan kemajuan teknikal dan perisian terkini, pemain boleh mengharapkan bilik perjudian dalam talian 3D dengan kesan bunyi dan suasana yang realistik!

Untuk memilih syarikat perjudian dalam talian anda – berikan perhatian kepada blog dan forum dalam talian. Sesetengah kasino yang terletak di pesisiran pantai gagal membuat pembayaran – jadi pilih kasino dalam talian dengan reputasi yang baik. Forum dan blog juga akan memberikan petunjuk yang baik dari segi tempoh yang diambil oleh setiap kasino untuk membayar anda. Baca halaman latar belakang setiap kasino, dan sekali lagi, gunakan gerak hati anda semasa memilih penyedia perjudian dalam talian yang bagus. Selain itu, baca Terma dan Syarat dengan teliti, terutamanya berkenaan promosi dan bonus.

best online blackjack games

Satu variasi Blackjack yang baru telah muncul terutamanya dalam talian yang dipanggil Blackjack Switch. Di sini, anda bermain dua hand serentak, dan setiap hand membuat pertaruhannya sendiri. Anda akan menang bonus apabila empat kad anda mempunyai dua atau lebih kad yang sepadan – nisbah pertaruhan dan bonus berbeza-beza mengikut kasino. Perbezaan utama lain dalam permainan ini adalah dealer boleh hit pada 17 kecil (soft 17), dan jika dealer terkena 22, ia dikira sebagai “push” dan semua pertaruhan dikembalikan. Ini adalah cara yang pantas dan sangat menarik untuk menghabiskan masa semasa hujan lebat.

Beberapa perkara untuk diingati apabila anda mula bermain untuk wang sebenar adalah semua kasino membuat keuntungan mereka daripada pemain yang bust. Lakukan yang terbaik untuk mengelakkan bust! Selain itu, jangan bermain terlalu selamat sehingga anda sentiasa berada di bawah permainan dealer. Inilah di mana latihan akan membantu anda. Alah bisa tegal biasa!

experience live casino games

Jika anda ingin menjadikan Blackjack permainan anda, cuba berlatih menggunakan permainan latihan dalam talian setiap hari. Simpan buku nota yang memperincikan peratusan anda, dan strategi yang digunakan. Jika anda mempunyai peratus kemenangan yang tinggi, cuba kenal pasti apa yang menyebabkan kemenangan anda. Adakah anda double down dengan kerap? Adakah anda bermain beberapa split yang hebat? Atau hanya cuma stand tepat pada masanya? Menyimpan rekod yang teliti akan mengubah permainan kreatif anda menjadi hobi yang serius – yang mana boleh jadi lumayan dan menyeronokkan untuk masa yang panjang. Ia akan turut membantu anda memperhalusi strategi peribadi anda, dan akhirnya – setiap pemain mempunyai gaya dan kebolehan istimewa mereka sendiri!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...