Top Casino Bonuses - September 2017

Permainan Kasino Video

video casino games

Permainan meja masih sangat popular di kasino sebenar, tetapi jelas sekali mesin-mesin video kini memenuhi sudut utama di lantai kasino. Sebaik sahaja slot video dilancarkan pada tahun 1990-an, revolusi permainan video bermula — dan hari ini anda juga boleh bermain poker, blackjack dan keno video di kasino tradisional.

Kasino dalam talian membolehkan anda bermain sebarang permainan dalam format gaya-video. Ciptaan semula permainan meja yang bijak menawarkan keseronokan yang sama umpama di lantai kasino, dilengkapkan audio dan sembang teks untuk meningkatkan lagi pengalaman pemain. Jika peranti dan sambungan anda boleh mengendalikan penstriman video, banyak kasino kini memberikan anda kebolehan untuk bermain dengan dealer secara langsung yang mengocok dan mengagihkan kad secara manual!

Panduan Pemain ke Permainan Kasino Video

ecogra online casino safety

Dalam panduan ini, kita akan melihat bagaimana permainan kasino yang paling popular berubah apabila ia dipersembahkan dalam bentuk video. Kami juga akan berkongsi beberapa petua tentang cara untuk mengambil kesempatan versi video permainan sedemikian.

Slot Video

hd streaming video casinos

Selama ini slot merupakan simbol ikonik sebuah kasino, dan baru-baru ini ia menjadi semakin popular. Perkembangan slot video mengubah suai kategori ini sepenuhnya, dan permainan ini telah menjadi penjana pendapatan yang lumayan untuk kasino. Malahan, slot video adalah permainan yang paling laris berbanding mana-mana permainan lain di kasino dalam talian mahupun kasino tradisional.

Sebelum pembangunan slot video, slot mekanikal dibataskan sehingga tiga gelung dan jumlah simbol serta kombinasi kemenangan juga terhad. Secara teori, slot video tidak mempunyai sebarang had, tetapi format lima gelung terbukti paling popular dengan 15 hingga 20 simbol pada skrin permainan untuk setiap tarikan tuil.

Selain daripada jumlah simbol yang banyak, slot video dilengkapi ciri-ciri berikut:

  • Jackpot dan taruhan yang lebih besar
  • Jackpot progresif yang disuap oleh berbilang mesin
  • Sehingga 100 garis bayaran (walaupun 25 ialah jumlah yang lebih lazim)
  • Permainan bonus interaktif
  • Pemberian putaran percuma secara berkala
  • Tema slot berdasarkan hak pelesenan budaya pop

Pelesenan membolehkan para pemasar menyepadukan dunia permainan video dan perjudian kasino video. Permainan video klasik tertentu seperti Pac-Man, Centipede, Space Invaders, Street Fighter, Call of Duty dan Tomb Raider kini mempunyai mesin slot berlesen. Ada di antaranya yang membenarkan anda bermain versi permainan itu semasa pusingan bonus!

Jadi, bagaimana untuk mengambil kesempatan slot video? Taktik utama yang digunakan oleh kebanyakan pemain ialah perbandingan jackpot progresif. Jika jackpot dijamin akan dimenangi apabila mencapai jumlah tertentu, pemain yang pintar akan mula menaruh apabila titik tersebut semakin hampir. Mainan dalam talian menjadikannya agak mudah untuk melihat-lihat permainan berbeza dan memantau jackpot progresif.

Poker Video

pc casino games

Perkembangan permainan kasino video seperti poker berlaku pada masa yang sama slot video diciptakan. Malahan, permainan slot yang pertama (Liberty Bell) berfungsi lebih seperti poker video dan bukannya permainan slot moden. Poker video adalah berdasarkan cabutan lima kad yang dimainkan sebagai permainan meja di kasino tertentu, walaupun lebih ramai yang menggemari permainan kompleks seperti Texas Hold 'em. Cabutan lima kad tidak mendapat sambutan sehingga 1970-an apabila mesin-mesin video mula membuat penampilan.

Poker video tidak banyak berubah berbanding mesin slot. Corak baru permainan diperkenalkan secara berkala, tetapi ia tidak mencirikan hak pelesenan atau pusingan bonus. Meskipun begitu, ia popular di kalangan pemain kasino kerana pengalaman bermain berseorangan—umpama mesin lot—tetapi dengan jangkaan pulangan yang lebih tinggi.
Mahir dalam permainan poker video bermaksud mengetahui cara mainan yang paling kukuh dari segi matematik untuk setiap set kad yang diagihkan. Anda boleh menghafal formula, tetapi bermain dalam talian membolehkan anda menggunakan kad strategi yang memberitahu anda langkah mainan yang terbaik (sesuatu yang tidak dipandang ringan oleh kasino sebenar, terutamanya jika anda mula memenangi wang besar). Melalui amalan ini, pemain yang berpengalaman dapat mengurangkan kelebihan tuan rumah sehingga kurang daripada satu peratus. Dalam keadaan tertentu, kelebihan boleh berpihak sedikit kepada pemain jika jadual bayaran permainan tersebut cukup lumayan!

Blackjack Video

best video casino games to play

Jika anda tidak inginkan pengalaman permainan meja, blackjack video ialah pilihan terbaik untuk anda. Anda tidak perlu risau tentang isyarat tangan atau tingkah laku pemain lain. Hanya anda dan dealer, dan perhatian anda tertumpu pada kad-kad di tangan anda.

Seperti poker video, memegang kad strategi sangat bermanfaat. Ia menunjukkan anda langkah mainan yang terbaik mungkin untuk setiap situasi. Sila ingat bahawa strategi optimum berubah bergantung pada peraturan meja dan bayaran kemenangan untuk blackjack, jadi anda mungkin perlukan beberapa kad strategi yang berbeza dalam simpanan anda.

Keno Video

digital gambling rules

Di lantai kasino sebenar, keno ialah persekitaran yang tenang di mana pemain-pemain menikmati permainan sambil makan atau minum di bilik istirahat. Keno video mempercepatkan segalanya. Sudah pasti anda boleh bermain mengikut tahap kelajuan yang anda mahukan — dan juga dari keselesaan rumah anda sendiri!

Tidak kira jika anda bermain dalam talian atau luar talian, keno adalah loteri semata-mata yang tidak mempunyai strategi yang meningkatkan peluang kemenangan anda. Lama-kelamaan anda akan melihat perbezaan yang sedikit dalam jangkaan pulangan jika terus bermain tiket 5-spot atau 7-spot, dan juga menjumpai jadual bayaran yang terbaik mungkin. Ia lebih senang untuk melayari permainan dalam talian yang berlainan berbanding melawat kasino satu demi satu!

Permainan Meja Video

Apa yang serba kekurangan dari segi pengalaman sosial di permainan meja secara langsung, anda mendapat kembali dari segi peraturan yang lebih menguntungkan semasa bermain dalam talian. Memandangkan pemain tidak banyak bersosial, kasino dalam talian menjadikan permainan ini lebih menarik dengan menawarkan bayaran kemenangan yang lebih besar. Selain itu, anda tidak menghadapi tekanan untuk menguasai adat meja atau menunggu giliran untuk mendapat tempat duduk.

Kelebihan Permainan Kasino Video

online video casino games

Kelebihan utama semua permainan dalam versi video ialah kebolehan untuk mengambil masa sendiri, dan dalam keadaan tertentu menggunakan bahan rujukan untuk memastikan cara anda bermain adalah yang terbaik mungkin.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...