Berhati-hati dengan Penipuan Perjudian Dalam Talian

Perjudian dalam talian adalah industri yang besar, dan ia akan terus berkembang lebih besar. Pendapatan sedunia sudah pun mencecah kira-kira $30 bilion dolar setiap tahun, dengan angka itu dijangka untuk naik kepada $40 bilion menjelang 2015. Ia amat kukuh di Eropah, Asia, dan Timur Tengah, tetapi kini berkembang di Amerika Syarikat dalam skala yang besar – pada bulan pertama selepas disahkan di New Jersey, perjudian dalam talian telah pun menjana lebih $8 juta pendapatan, dan dijangka untuk membawa $463 juta setiap tahun menjelang 2017.

las vegas traditional casinos

RANK CASINO BONUS RATING LINK

Tetapi perjudian dalam talian juga secara umumnya tidak dikawal selia sebaik kasino sebenar di tempat-tempat seperti Nevada atau Atlantic City. Pemilik kasino besar seperti Virgin dan Caesars Entertainment Corporation kini mengendalikan kasino dalam talian yang sama disegani seperti perusahaan fizikal mereka, tetapi bagi setiap satu kasino yang tulen, ada sepuluh kasino kecil tidak jujur yang hanya ingin menipu pelanggan mereka.

Daripada taktik umpan-dan-tukar (bait-and-switch) kepada pencurian terang-terangan, ini beberapa komplot dan penipuan yang perlu diberikan perhatian semasa bermain dalam talian.

Terus bermain dan had masa ke atas bonus deposit

online casino time limitations

Salah satu bonus paling popular yang ditawarkan oleh kasino dalam talian adalah “bonus deposit”. Anda akan melihatnya diiklankan dalam nombor yang marak dan terang pada halaman utama mereka dan dalam iklan-iklan mereka yang berkaitan. Tawaran ini biasanya jenis pemadanan bonus – anda mendepositkan $100, dan anda mendapat $100 tambahan untuk bermain, sebagai contoh. Tetapi ia bukan semudah itu.

Klik pada pautan “terma dan syarat” mereka, dan dalam cetakan halus anda selalunya akan mendapati bahawa anda perlu bertaruh (atau play through) lebih banyak lagi berbanding deposit permulaan anda untuk layak mendapat bonus itu.

Ini bukanlah penipuan terang-terangan, jika dilihat dari sudut undang-undang. Malah kasino sebenar pun memerlukan anda untuk meneruskan bermain jumlah yang tertentu sebelum layak untuk menuntut sebarang kemenangan yang dijana daripada dolar pusingan percuma anda. Mereka akan gulung tikar jika mereka menawarkan pertaruhan percuma tanpa sebarang syarat!

traditional vs online casino safety

Walau bagaimanapun, kasino tradisional kebanyakannya hanya memerlukan anda untuk teruskan bermain jumlah bonus itu – contohnya, jika anda menerima $20 dalam pusingan percuma, anda hanya perlu bertaruh $20 sebelum anda boleh mula mengeluarkan kemenangan anda.

Ini sama sekali tidak terjadi di kasino dalam talian. Anda selalunya akan mendapati mereka memerlukan anda untuk terus bermain antara 5x hingga 20x jumlah bonus. Jadi dengan mengumpul bonus $100 itu boleh membuatkan anda bertaruh sebanyak $20,000!

Syarat lain yang kadang kala ditambah oleh kasino dalam talian adalah bonus itu mesti dikeluarkan dalam tempoh masa tertentu (selalunya 24 jam) selepas membuat deposit permulaan anda. Jika anda tidak bermain dalam tempoh itu, atau tidak memenuhi syarat pertaruhan, bonus itu akan lesap.

Mudah dideposit, sukar dikeluarkan

deposit withdrawal complaints

Deposit dan pengeluaran adalah satu lagi perkara di mana kasino mengharapkan pemain ghairah yang tidak membaca terma dan syarat dengan teliti sebelum mendaftar. Kasino dalam talian selalunya akan menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang meluas untuk melakukan deposit.

Tetapi pilihan yang banyak itu mungkin tidak sebanyak untuk pengeluaran – antara yang paling teruk di kalangan mereka akan mengaut segala keuntungan daripada PayPal kepada Visa terlebih dahulu, tetapi apabila tiba masa untuk membayar, mereka hanya akan menawarkan cek bank melalui mel yang boleh mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai kepada anda.

Kasino dalam talian juga boleh meletakkan had ke atas jumlah yang anda boleh keluarkan pada satu-satu masa dan kekerapan anda boleh melakukannya. Anda boleh menang jackpot yang besar tetapi anda hanya dibenarkan untuk mengeluarkan sedikit demi sedikit wang itu sepanjang beberapa minggu!

Kelewatan pembayaran

casino payout delays excuses

Jika anda bermain dari negara Eropah atau Asia di mana pertaruhan dalam talian adalah sah dari segi undang-undang, tiada alasan yang munasabah untuk kasino dalam talian mengambil lebih daripada beberapa hari untuk memproses pembayaran anda.

Disebabkan perjudian dalam talian masih tidak sah di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat, pemain dari negara itu boleh menjangkakan kelewatan pembayaran daripada kasino yang sanggup menerima mereka, tetapi pembayaran yang melebihi dua minggu masih dianggap tidak normal.

Jika kasino dalam talian masih cuba untuk membuat alasan (seperti mendakwa mereka kehilangan dokumen pengenalan anda) atau menggunakan fasal dan syarat yang tidak jelas untuk mengelak daripada membayar anda selepas lama menunggu, anda boleh anggap mereka sedang cuba menipu anda dan sudah tiba masa untuk mendapatkan nasihat guaman.

Perisian yang tidak bermain secara adil

unfair wagering software

Perisian yang menjalankan perjudian yang anda main dalam talian mungkin tidak bermain secara adil. Ini adalah isu lain yang timbul akibat kekurangan penyeliaan dalam talian – kasino sebenar selalunya mempunyai agensi kawal selia tempatan yang menjalankan pemeriksaan mesin kasino dengan kerap dan boleh dipanggil jika pemain mengesyaki sesuatu permainan menipu, tetapi ini tidak berlaku untuk kasino dalam talian di banyak lokasi di seluruh dunia.

Ia sering kali sukar (jika tidak mustahil) untuk seorang pemain mengesan perisian yang menipu. Ia tidak akan begitu ketara seperti membiarkan tuan rumah menang dalam setiap pusingan. Perisian yang tidak adil sebaliknya akan melakukan pengubahsuaian kecil terhadap nisbah pertaruhan yang akan membuatkan pemain menang dengan kekerapan yang lebih kecil dalam suatu tempoh berbanding peluang statistik sebenar jika permainan itu adil. Pemain akan masih menang beberapa kali, tetapi barang kali akan kalah secara keseluruhan.

Jadi bagaimanakah anda membezakannya? Ujian bebas adalah satu-satunya cara untuk mengesahkan sesuatu permainan adalah adil. Kasino yang disegani akan mengikat kontrak dengan agensi pengujian bebas untuk mengesahkan permainan mereka tulen secara berkala.

Cara Melindungi Diri Anda Daripada Penipuan dan Komplot

stay safe in online casinos

Kasino selalunya beroperasi dari negara-negara kepulauan kecil, terutamanya negara-negara di Caribbean. Penyeliaan kerajaan sangat berbeza-beza antara setiap negara. Kasino yang paling dikawal ketat dan dikawal selia oleh kerajaan adalah kasino yang terletak di United Kingdom. Operasi mereka selalunya berasal dari Gibraltar atau Isle of Man, dua wilayah yang diawasi oleh Britain.

Selain daripada bermain dengan kasino yang mempunyai penyeliaan kerajaan yang ketat, anda ingin mencari kasino yang dipantau dan diuji oleh agensi bebas. eCOGRA dan Certified Fair Gaming adalah dua daripada agensi yang paling terkemuka.

Cap Amanah dan Keselamatan Perjudian Dalam Talian

casino gambling safety trust seals

Berhati-hati dengan kasino yang hanya memaparkan cap syarikat-syarikat pensijilan pada halaman mereka tanpa benar-benar diperakui. Pastikan anda memeriksa dengan syarikat yang mereka tuntut diperakui – mereka selalunya menyiarkan senarai kasino yang diperakui di halaman web mereka.

Satu pertimbangan terakhir adalah perisian yang digunakan oleh kasino. Microgaming dan Playtech setakat ini adalah platform perisian kasino yang paling lazim digunakan, dan kedua-duanya mempunyai reputasi baik dan boleh dipercayai. Odds On Gaming dan Cryptologic adalah dua platform baru yang setakat ini mempunyai reputasi yang kukuh. Jika sebuah kasino menggunakan perisian yang tidak dikenali, atau menggunakan perisian proprietari mereka sendiri, itu satu tanda merbahaya.