Top Casino Bonuses - September 2017

Kasino iPhone

Telefon pintar kini biasa dilihat sepertimana peti sejuk dan televisyen juga. Akan tetapi, tidak lama dahulu ia merupakan revolusi kejayaan teknologi, dan iPhone Apple ialah jenama yang mencetuskannya.

iPhone masih dianggap sebagai telefon pintar yang terunggul. Setiap keluaran baru membawakan gelombang keterujaan, dan iPhone baharu biasanya dijual pada harga yang agak tinggi kerana perkakasan canggih dan kualitinya yang tinggi. Pemilik iPhone terkini mempunyai kelebihan di dunia perjudian dalam talian kerana telefon mereka cukup kukuh untuk mengendalikan mana-mana aplikasi kasino yang dijumpai.

Panduan Pemain untuk Kasino iPhone

mobile gambling faqs

Panduan ini akan meliputi syarat keperluan perkakasan dan perisian untuk kasino iPhone serta cara utuk memasangnya dengan betul. Kami juga akan berkongsi beberapa petua untuk bermain permainan dengan iPhone.

Berapa Banyak Kasino iPhone Yang Boleh Didapati?

Banyak kasino menawarkan aplikasi iPhone, tetapi ianya tidak begitu umum seperti perisian muat turun desktop atau aplikasi Android. Sistem pengendaliannya mewakili bahagian pasaran yang lebih kecil berbanding Windows atau Android.

iphone casinos

Walaupun kasino dalam talian tidak menawarkan aplikasi iOS, ini tidak bermaksud bahawa mereka telah melupakan pengguna iPhone. Sebaliknya, kasino biasanya menghalakan pengguna iPhone ke versi berasaskan pelayar tanpa muat turun. Ia membenarkan anda menggunakan Safari (atau pelayar web yang serupa) untuk bermain serta-merta tanpa perlu menyimpan apa-apa secara setempat ke telefon anda mahupun memuat turun sebuah aplikasi. iPhone cenderung lebih berkuasa daripada telefon lain dan lebih berkemampuan untuk mengendalikan permainan tanpa menggunakan storan setempat.

Apakah Jenis Telefon Yang Saya Perlukan Untuk Menjalankan Kasino iPhone?

apple itunes store casino apps

iPhone hanya dikeluarkan oleh Apple, oleh itu ia adalah satu-staunya jenama yang menjalankan iOS. Soalan sebenar ialah — betapa baru iPhone anda?

Jika model iPhone and dikeluarkan dalam tiga tahun yang lalu, anda sepatutnya tiada masalah untuk menjalankan kasino dalam talian dengannya. Sekarang, iOS 6.0 (yang telah dilepaskan pada tahun 2012) ialah versi paling lama yang boleh digunakan untuk mengakses aplikasi kasino moden. iPhone asal dan iPhone 2 tidak boleh dinaik taraf ke iOS 6, tetapi iPhone 3GS boleh.

Sebuah Kasino Menawarkan Aplikasi iPhone Tetapi Saya Tidak Boleh Muat Turun!

iOs virtual casino slots

Produk Apple adalah unik kerana ia mengehendaki anda memuat turun semua aplikasi menerusi iTunes. iTunes pula mengenakan sekatan yang ketat terhadap aplikasi perjudian wang sebenar di kawasan yang melarangnya di sisi undang-undang. Laman kasino mungkin menyatakan bahawa ia menawarkan aplikasi iPhone di iTunes, tetapi jika anda berada di lokasi seperti Amerika Syarikat yang mengharamkan perjudian dalam talian secara meluas, anda tidak dapat melihat aplikasi ini disenaraikan. Namun begitu, di Amerika Syarikat, anda mungkin boleh memuat turun aplikasi perjudian tertentu di negeri seperti New Jersey yang membenarkannya.

Untuk memasang aplikasi di luar iTunes, anda perlu nyahsekat atau “jailbreak” telefon anda. Ia tidak disyorkan kerana ia membatalkan waranti dan mendedahkan anda kepada risiko virus. Ini adalah sebab mengapa kasino yang sah tidak akan menawarkan aplikasi iPhone di luar iTunes.

Walaupun begitu, bagi mematuhi undang-undang tempatan yang luar biasa di kawasan tertentu, beberapa pengeluar mungkin menawarkan dua jenis aplikasi kasino iPhone yang berbeza. Satu untuk mainan percuma tanpa pertaruhan sebenar, dan satu lagi untuk pertaruhan wang sebenar. Anda boleh melihat senario ini di kawasan seperti Australia. Biasanya, anda akan melihat aplikasi “percuma” sebagai satu-satunya aplikasi yang disenaraikan di iTunes, tetapi apabila anda muat turun dan memasangnya anda mendapat pilihan untuk memasang aplikasi “wang sebenar” juga, yang biasanya diberikan nama yang sedikit berbeza.

Petua untuk Bermain Perjudian Kasino pada iPhone

apple smartphone casino gaming

Aplikasi rasmi kasino yang sah adalah sentiasa percuma untuk dimuat turun. Jika ia meminta bayaran pendahuluan, kemungkinan besar ia adalah suatu penipuan.

Jika beberapa versi aplikasi kasino ditawarkan, cari versi sedunia atau yang khusus untuk iPhone. Walaupun versi khusus untuk iPad mungkin dapat berfungsi pada iPhone, rekaannya mungkin menyebabkan masalah kerana ia disesuaikan untuk skrin yang lebih besar.

Mahu mengambil petikan skrin jackpot besar anda pada iPhone? Pegang butang Tidur/Bangun kemudian tekan butang Utama serta-merta. Ia menyimpan petikan skrin secara automatik ke aplikasi Foto iPhone di bawah menu Gulung Kamera

Menikmati Kasino iPhone

bets and wagers for iphones

iPhone yang agak baru ialah peralatan berkuasa yang boleh digunakan untuk menikmati hampir semua kasino dalam talian yang boleh didapati. Jika mereka tidak menawarkan aplikasi iOS, anda memiliki perkakasan yang boleh mengendalikan versi tanpa muat turun. Pastikan iOS anda dikemas kini, dan anda sudah sedia untuk bermain!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...