Top Casino Bonuses - September 2017

Cara Bermain Permainan Kasino

Jika anda berminat untuk belajar cara bermain perjudian kasino, slot adalah permainan kasino yang paling digemari kerana ia mudah untuk dikuasai dan memberikan pulangan wang yang paling tinggi. Sebahagian besar daripada popularitinya adalah kerana tiada kemahiran atau penguasaan peraturan yang diperlukan; anda hanya perlu tekan butang dan harapkan hasil yang terbaik. Sudah tentu slot itu menyeronokkan, tetapi jika anda tidak berani mencuba permainan-permainan lain, ruginya! Terutamanya kerana nisbah kemenangan jauh lebih tinggi untuk permainan selain daripada slot!

how to play casino games

Meskipun begitu, ramai pemain tidak berganjak daripada bermain slot kerana takut atau keliru dengan permainan lain. Mereka tidak berpuas hati dengan peratusan pulangan yang rendah untuk poker video dan blackjack apabila tidak bermain cara yang “betul”, atau mereka keliru dengan etiket dan proses pertaruhan permainan meja.

Anda mungkin sedikit was-was untuk mencuba sesetengah permainan kasino, tetapi ianya boleh dipelajari dengan pantas. Lagipun, pihak kasino mahukan seramai pemain yang mungkin untuk bertaruh! Kasino dalam talian menawarkan peluang yang terbaik untuk mempelajari apa sahaja permainan. Selain daripada bermain tanpa tekanan sosial, kebanyakan kasino menawarkan mod “mainan percuma” yang membolehkan anda menguji permainan tanpa menaruh wang sebenar.

Panduan Pemain untuk Bermain Perjudian Kasino

Panduan ini akan menerangkan asas-asas permainan yang berikut:

Penerangan strategi lanjut untuk setiap permainan ini terlalu luas untuk skop panduan ini, tetapi anda akan menerima maklumat yang mencukupi untuk memahami peraturan asas dan berasa selasa untuk mengambil tempat duduk di meja maya dan mencubanya (lebih bagus jika dimulakan dengan mod percuma).

Cara Bermain Blackjack

21 ialah pegangan kad (hand) yang terbaik dalam blackjack, tetapi itu bukan matlamat yang perlu dicapai; anda hanya perlu mengalahkan dealer, dengan mendapatkan hand yang lebih tinggi atau jika dealer “bust” dengan kad-kad yang melebihi 21.

Tuan rumah sentiasa mempunyai kelebihan dalam blackjack kerana dealer boleh melihat kad-kad pemain, manakala pemain hanya boleh melihat satu daripada kad dealer. Namun begitu, pemain mempunyai kelebihan kerana dealer dihendaki mengikut peraturan tuan rumah dan “hit” (tambah kad) atau “stand” (kekal) berdasarkan kad yang dipegang; perkara ini membenarkan mainan strategik. Berdasarkan peraturan permainan, sentiasa wujud cara mainan yang lebih hebat secara matematik (dari segi kebarangkalian) untuk setiap set kad yang boleh dilihat di atas meja.

how to play casino blackjack

Selepas diedarkan dua kad pertama, pemain blackjack boleh pilih untuk:

  • Hit” – tambah kad untuk cuba mencapai tetapi tidak melebihi 21
  • Stand” – simpan kad yang ada dan paksa dealer untuk bermain habis-habisan dalam percubaan untuk mengalahkan kad anda
  • Split” – pisahkan dua kad dan hasilkan dua hand yang berasingan (taruhan semasa akan diganda dua). Namun ini hanya boleh dilakukan jika pemain diedarkan sepasang kad atau dua kad muka (face card). Kedua-dua hand boleh dimainkan secara normal kecuali jika pemain mempunyai Ace yang dipisahkan, dalam situasi itu mereka hanya boleh mengambil satu kad baru untuk setiap hand.
  • Double” – gandakan taruhan semasa sebanyak dua kali selepas menerima dua kad pertama, tetapi pemain mesti mengambil satu kad tambahan dan tidak dibenarkan mengambil kad lain selepas itu
  • Surrender” – secara asasnya setara dengan “fold” semasa poker, tetapi pemain hanya rugi separuh daripada taruhannya. Pemain mesti melakukan langkah ini sebelum mengambil kad tambahan.
  • Insurance” – ini mungkin ditawarkan kepada pemain jika kad dealer yang boleh dilihat ialah Ace. Ini adalah taruhan sampingan yang membayar nisbah 2:1 jika dealer akhirnya mendapat blackjack. Kebanyakan pemain menolak insurans kerana sangat jarang mainan ini merupakan strategi terbaik dari segi matematik.

“Blackjack” berlaku apabila pemain diedarkan Ace (yang boleh digunakan sebagai nilai 11 atau 1 bergantung pada situasi) dan kad muka atau 10 serta-merta. Ini adalah kemenangan automatik kecuali jika dealer juga mendapat blackjack dengan dua kad pertamanya. Keadaan ini dipanggil “push” dan taruhan pemain dikembalikan.

Strategi optimum dalam blackjack ialah bergantung pada peraturan meja. Contohnya, sesetengah meja melarang “split” untuk Ace, “double” atau “surrender”. Bonus yang dibayar untuk blackjack pemain juga sebuah faktor. Meja yang terbaik membayar nisbah 3:2 apabila pemain diedarkan blackjack; ini digelar sebagai meja “bayaran penuh”. Tetapi banyak meja menawarkan nisbah 6:5 atau 7:5, yang mempengaruhi strategi optimum dan mengurangkan jangkaan pulangan pemain secara ketara.

Pemain blackjack dalam talian memiliki satu lagi kelebihan yang kuat: penggunaan “kad strategi”. Kad-kad ini memberi rujukan visual tentang taruhan terbaik dan strategi permainan untuk setiap set keadaan berdasarkan peraturan meja. Kadang kala kad ini dilarang di kasino sebenar, tetapi pemain dalam talian masih menggunakannya. Kerana ini, ia sukar untuk menjumpai kasino dalam talian yang menawarkan permainan blackjack 3:2. Permainan dengan nisbah kemenangan 6:5 dan 7:5 lazimnya masih menawarkan jangkaan pulangan yang melebihi 97% apabila dimain dengan strategi yang sempurna dan menjadikan blackjack antara permainan yang paling menguntungkan.

Poker Video

Pada mulanya poker video mungkin mengelirukan kerana terdapat terlalu banyak permainan dan variasi peraturan, dan seperti blackjack, setiap satunya memiliki strategi optimal yang tersendiri.

Cara yang terbaik untuk belajar bermain poker video adalah untuk bermula dengan permainan yang paling asas dan dikenali ramai: Jacks or Better. Tanpa mengambil kira beberapa pengecualian, variasi ini sebenarnya menawarkan pulangan kesuluruhan yang terbaik, walaupun ia tidak menawarkan jackpot menarik seperti yang diiklankan oleh permainan lain.

Pemain diedarkan lima kad untuk setiap hand. Anda boleh pilih untuk pegang atau tukar sebanyak mana kad yang anda mahu. Hand berakhir apabila kad yang terpilih digantikan sebanyak sekali. Kemenangan yang paling asas ialah sepasang kad muka (justeru itu, nama panggilan permainan ini), yang biasanya memulangkan jumlah taruhan pemain. Dua pasang mana-mana jenis kad ialah hand yang kedua terbaik, ini akan menggandakan taruhan pemain. Ia terus berfungsi seperti ini mengikut hand standard poker; tiga sejenis, straight, flush, full house, empat sejenis hingga ke royal flush iaitu kemenangan terunggul. Hand ini akan memberi pulangan beribu-ribu ganda jika dimenangi.

Semua permainan poker video menggunakan rangka asas lima kad, tetapi terdapat berbagai-bagai variasi peraturan yang berbeza. Banyak antaranya menukar jumlah kemenangan, kerap kali mengorbankan kemenangan untuk pasangan kad muka dan dua pasangan untuk mendapatkan kemenangan yang lebih besar untuk hand yang lebih kuat. Beberapa variasi pula menukar peraturan tentang nilai kad, seperti Deuces Wild, iaitu kad yang bernilai 2 boleh digantikan untuk apa-apa nilai. Kecuali segelintir variasi hand berbilang, hampir semua tidak dapat menawarkan jangkaan pulangan yang lebih hebat berbanding Jacks or Better.

Serupa blackjack, sentiasa terdapat “mainan terbaik” dari segi matematik untuk setiap kombinasi kad, dan kad strategi wujud sebagai “kertas jawapan” yang mudah digunakan.

Roulette

Roulette adalah permainan meja yang paling mudah untuk difahami; pilih suatu nombor atau warna dan harap-harap bola mendarat di atasnya! Namun begitu, terdapat lebih banyak taruhan sampingan eksotik yang mungkin mengelirukan pemain.

Selain daripada taruhan pada warna, nombor genap/ganjil atau kombinasi nombor-warna yang tertentu, pemain boleh memilih yang berikut:

* Sekumpulan 12 nombor berturut-turut (1-12, 13-24, 25-36)
* Sekumpulan 18 nombor berturut-turut (1-18, 19-36)
* “A la carte” kombinasi dua hingga enam nombor

Kebanyakan permainan roulette tetap menggunakan jenis taruhan yang mudah ini, tetapi baru-baru ini kasino dalam talian telah menambah beberapa permainan istimewa dengan taruhan sampingan. Contohnya termasuk jackpot progresif yang dimenangi apabila suatu nombor muncul dua kali berturut-turut. Untuk layak memenangi progresif ini, pemain menambah satu dolar ekstra kepada taruhan standard permainan pada masa itu.

Pada mulanya, memilih warna atau pun nombor genap/ganjil kelihatan seperti memberikan peluang kemenangan yang terbaik, tetapi apa yang menghalang taruhan ini daripada menjadi peluang 50/50 ialah kehadiran nombor “0” pada kebanyakan roda roulette (ada kalanya terdapat nombor “00” ekstra). Kelebihan tuan rumah lebih kurang 2.6% dengan satu sifar pada roda dan digandakan kepada 5.2% dengan dua sifar.

Mujurnya, adat “dua sifar” berasal dari kasino Nevada dan biasanya terhad kepada kasino di Amerika Syarikat. Kecuali jika kasino berada di New Jersey, kebanyakan pemain dalam talian akan menikmati nisbah peluang yang lebih tinggi dengan hanya satu sifar di kasino-kasino yang disegani.

Craps

Craps ialah permainan dadu kasino yang paling popular. Sesetengah orang rasa takut dengan orang ramai yang berkumpul di meja kasino sebenar, tetapi perkara ini jelasnya bukan satu faktor di kasino dalam talian. Anda hanya perlu memahami peraturan, jenis taruhan yang berbeza serta aliran asas permainan ini.

Jika terdapat berbilang pemain, setiap satu akan mengambil giliran sebagai “shooter” iaitu individi yang membaling dadu. Jika anda bermain seorang diri, aksi ini akan dilakukan oleh perisian kasino. Jika shooter adalah seorang pemain sebenar, dia akan memulakan setiap pusingan dengan membuat taruhan pada Pass Line atau Don't Pass Line.

“Pass” bermaksud “menang”; taruhan “pass” bermaksud anda mengharapkan shooter membaling 7 atau 11 pada balingan pertama.

Jika shooter membaling 4-10 pada balingan pertama, nombor itu ditetapkan sebagai “point”. Shooter akan memenangi taruhan Pass Line jika balingan seterusnya menghasilkan nombor yang sama. Jika pemain membaling tujuh, Don't Pass Line akan menang dan shooter digantikan oleh pemain yang lain. Begitu juga, jika shooter membaling 2-3 atau 12 pada bila-bila masa, itu juga merupakan kemenangan untuk Don't Pass Line dan mengakhiri tugas shooter.

Aliran asas permainan ini mudah untuk difahami. Tetapi apa yang menjadikannya menarik adalah kepelbagaian taruhan sampingan yang dibenarkan. Selain daripada taruhan Pass dan Don't Pass, anda boleh melakukan taruhan berikut:

* Come Line: Ini sama seperti Pass Line, kecuali ia hanya tersedia selepas balingan pertama. Jika membuat taruhan ini, anda mengambil peraturan daripada balingan pertama (menang pada 7 atau 11) dan menggunakannya pada balingan point seterusnya.
* Place Line: Taruhan ini membenarkan pemain menetapkan nombor point peribadi pada bila-bila masa. Pilih nombor antara 4 dan 10 (melainkan 7), dan jika shooter membaling nombor tersebut sebelum 7 yang seterusnya ia biasanya memberikan nisbah kemenangan 9:5 atau 7:5 kepada pemain. Variasi “Place to Lose” membenarkan anda membuat taruhan bahawa 7 akan dibaling terlebih dahulu.
* Hard Way: Taruhan ini memerlukan 4, 6, 8 atau 10 untuk dibaling sebagai pasangan.
* Field Bet: Taruhan ini boleh dimain pada mana-mana balingan dan pemain hanya rugi wang jika 5-8 dibaling. Balingan 2 akan memulangkan taruhan dua kali ganda, 12 pula tiga kali ganda dan nombor yang lain juga memulangkan wang.
* Prop Bet: Ini adalah taruhan ke atas satu nombor yang akan dibalingkan pada percubaan seterusnya. Taruhan ini mempunyai kelebihan tuan rumah yang paling rendah tetapi memulangkan kemenangan yang paling tinggi.
* The Odds: Ini adalah taruhan craps yang paling menarik kerana di bawah keadaan yang tertentu, tuan rumah tidak mempunyai apa-apa kelebihan apabila anda mengambil taruhan ini! Taruhan ini hanya boleh dilakukan selepas satu point telah ditetapkan. Nombor point menentukan berapa banyak anda dibenarkan bertaruh. Untuk memenangi taruhan ini, shooter harus membaling point tersebut sekali lagi sebelum membaling 7. Namun demikian, kerana ia merupakan satu-satunya taruhan adil yang ditawarkan, kasino biasanya menetapkan had yang tinggi ke atas saiz taruhan dan ianya biasanya tidak menyumbang kepada pemberian comps atau status kedudukan pemain.

Seperti kebanyakan permainan craps dalam talian, anda tidak perlu risau tentang shooter yang dialih keluar. Satu-satunya pengecualian adalah ketika permainan siaran langsung, yang mungkin ada pemain yang mengambil giliran untuk membaling dadu.

Keno

Permainan Keno lebih kurang satu loteri. Pemain membuat pilihan antara 1 hingga 15 nombor daripada sejumlah 80 nombor. Kemudian, 20 nombor akan dicabut secara rawak menggunakan hopper maya. Lebih banyak nombor yang sepadan dengan pilihan pemain, lebih banyak jumlah wang yang dimenangi.

Seperti mesin slot, keno adalah mudah dan tiada strategi sebenar. Sesetengah orang suka perkara ini, tetapi penting untuk mengetahui bahawa nisbah kemenangan keno adalah yang paling rendah berbanding semua permainan kasino lain.

101 Perjudian: Odds, Petua dan Strategi

Jom Main!

Secara kesimpulan, lebih mudah suatu permainan (atau semakin kurang usaha yang diperlukan untuk mempelajarinya) lebih tinggi nisbah peluang berpihak kepada tuan rumah. Keno dan slot lazimnya mempunyai odds yang paling tipis antara semua permainan kasino, manakala pemain blackjack atau poker video yang mahir mampu mengurangkan kelebihan tuan rumah sehingga kurang daripada 1% dalam keadaan yang paling sesuai. Sekiranya anda memanfaatkan bonus-bonus kasino dalam talian, anda mampu mengurangkan lagi kelebihan tuan rumah dan mungkin menterbalikkan kelebihan itu untuk memihak kepada anda.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...