Top Casino Bonuses - September 2017

Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang Roulette Dalam Talian

online roulette

Roulette ialah salah satu permainan kasino yang tertua. Ahli matematik Blaise Pascal pertama menciptanya pada tahun 1645 sebagai cabang kepada percubaannya untuk mencipta sebuah mesin gerak abadi. Roulette, sebagai tarikan perjudian, menjadi popular di kasino Paris pada awal tahun 1800-an, dan permainan ini tidak banyak berubah sejak itu.

Bermain roulette dalam talian adalah tidak begitu berbeza daripada bermain di kasino sebenar. Kelebihan terbesar bermain dalam talian ialah sentiasa terdapat meja yang terbuka. Di kasino strim secara langsung, anda boleh melihat seorang dealer yang memutar roda yang sebenar.

Panduan Pemain untuk Roulette Dalam Talian

play roulette online with other players

Panduan ini akan membiasakan anda dengan roulette dalam talian. Ia menerangkan jenis-jenis meja roulette berbeza yang boleh didapati, peraturan asas, strategi pertaruhan dan taruhan apa yang menawarkan nisbah kemenangan yang terbaik.

Peraturan Asas Roulette

Fikirkan roulette sebagai pendahulu kepada mesin slot, dalam erti kata ia tiada strategi yang mendalam. Anda hanya memilih nombor atau warna yang anda harap akan terkena.

Namun begitu, adanya taruhan yang lebih bijak daripada yang lain, dan cara untuk mendapatkan sedikit kelebihan. Tetapi, anda perlu tahu cara untuk bermain permainan ini terlebih dahulu. Walaupun ianya mudah, susun atur meja dan nama taruhan mungkin mengelirukan buat kali pertama.

Dalam permainan tertentu, bertaruh pada nombor tunggal mungkin dipanggil taruhan “straight”. Anda hanya meletakkan jumlah taruhan terus pada nombor di atas meja.

Anda juga dibenarkan untuk meletakkan taruhan tunggal pada kombinasi beberapa nombor. Semua jenis taruhan berbilang nombor yang berikut boleh dilakukan di kebanyakan meja:

  • Split: Bertaruh pada dua nombor bersebelahan dengan meletakkan taruhan pada garisan yang memisahkan dua nombor itu.
  • Street: Bertaruh pada semua tiga nombor dalam garisan mendatar dengan meletakkan taruhan di tepi nombor pada mana-mana hujung garisan.
  • Double Street: Seperti “street”, tetapi bertaruh pada dua garisan mendatar yang bersebelahan secara melintang. Letakkan taruhan pada tepi luar di mana nombor dua garisan itu bersambung.
  • Corner: Bertaruh pada empat nombor yang bersambung dalam bentuk kotak dengan meletakkan taruhan pada sudut yang bertemu.
  • Trio: Taruhan 0-1-2 atau 0-2-3, letakkan taruhan pada sudut yang dikongsi.
  • Top Line: Anda boleh bertaruh pada seberapa banyak sifar yang ada, termasuk juga nombor 1-2-3 dengan meletakkan taruhan di mana 0-1 atau 0-3 bertemu.

Jadi, kenapa kita tidak bertaruh pada jumlah nombor maksimum? Ia kerana semakin kurang nombor yang anda bermain, semakin banyak wang yang dipulangkan oleh taruhan yang menang.

Selain daripada nombor pada meja, terdapat kotak-kotak di sekelilingnya dengan perkataan atau simbol. Ini secara kolektif dikenali sebagai “taruhan luaran” (outside bets), seperti yang berikut:

  • Simbol Merah dan Hitam: Anda menang jika nombor ialah warna yang terpilih.
  • Even: Anda menang jika nombor ialah genap.
  • Odd: Anda menang jika nombor ialah ganjil.
  • High: Anda menang jika nombor adalah daripada 19-36.
  • Low: Anda menang jika nombor adalah daripada 1-18.
  • Taruhan “Dozen”: Kumpulan kecil nombor, seperti 1-12 atau “First 12”, mungkin tertulis bergantung pada meja.
  • Taruhan Lajur: Ini adalah bidang “2 to1” dan “3 to 1” di bawah lajur nombor. Ia membayar seperti yang dinyatakan jika nombor dalam lajur tersebut terkena.

Secara umumnya, taruhan luaran membayar kembali jumlah yang paling sedikit kerana ia meliputi bilangan nombor yang paling besar.

Sesetengah permainan telah menambah taruhan sampingan yang akan dibincangkan kemudian di bawah, tetapi pilihan yang tersebut di atas adalah jenis taruhan yang anda akan temui di hampir mana-mana meja roulette.

Jenis Roulette yang Berlainan

 the best online roulette

Terdapat hanya satu perbezaan utama antara kebanyakan meja roulette. Sama ada ia mengandungi hanya satu “0” hijau pada roda, atau “00” tambahan.

Konfigurasi ini mengakibatkan perbezaan yang ketara berkenaan nisbah kemenangan. Kehadiran “0” meningkatkan kelebihan tuan rumah sebanyak 5.26% untuk hampir-hampir setiap taruhan. Tambah pula “00” pada roda, dan kelebihan tuan rumah berganda hingga ke 10.52%! Sebab itu, bertaruh pada warna atau nombor genap/ganjil tidak sekali-kali menjadi taruhan yang betul-betul adil, namun demikian peluang kemenangan adalah lebih tinggi jika tiada “00” yang dimainkan.

“00” ialah ciptaan dari Amerika Syarikat. Ia pertama sekali muncul di Las Vegas dan adalah hampir-hampir eksklusif kepada kasino di Amerika Syarikat. Jika anda bermain dalam talian, barangkali anda akan bermain di kasino yang berpusat di luar Amerika Syarikat, dan kemungkinan besar tiada “00”. Jika ia muncul juga, roda itu akan ditandakan sebagai permainan yang berasingan dengan peraturan “Amerika”.

Satu-satunya variasi roulette lain yang anda mungkin lihat ialah Roulette California. Permainan ini dicipta oleh kasino Amerika Natif di California bagi mematuhi peraturan perjudian negeri tersebut. Ia serupa dengan roulette biasa, tetapi dealer memutar roda dengan kad yang dilekat pada roda dan bukannya roda roulette yang sebenar. Kasino tertentu juga mungkin menggunakan roda yang hanya mengandungi simbol merah dah hitam, di mana nilai nombor ditentukan oleh dealer yang akan menterbalikkan kad. Anda tidak mungkin menemui varian ini dalam talian, tetapi anda mungkin melihat kasino strim secara langsung yang menawarkannya.

Sistem Pertaruhan Roulette

find online roulette

 

Nampaknya roulette dalam talian menarik penggunaan sistem pertaruhan lebih dariapda permainan kasino yang lain. Cara yang paling mudah untuk menangani isu ini ialah untuk ketahui bahawa tiada sistem pertaruhan yang telah diuji dengan simulasi matematik telah menunjukkan jangkaan pulangan positif selepas bermain untuk tempoh tertentu. Lebih bijak untuk tidak mempedulikan semua itu.

Jadi, mengapa sistem pertaruhan masih popular? Terdapat dua sebab.

1) Pertama ialah sistem-sistem tertentu berkesan secara teori, memberikan pemain bajet yang tidak terhad dan kasino pula tidak mengehadkan saiz taruhan. Sedangkan bahagian pertama itu mungkin benar untuk golongan terkaya di dunia, tiada kasino (dalam talian atau luar talian) akan membenarkan pemain untuk menggandakan saiz taruhan mereka tanpa batasan. Terdapat aras potongan yang biasanya dihitung khususnya untuk menewaskan sistem yang bersifat demikian.

2) Kedua pula ialah banyak sistem berfungsi untuk seketika, sekurang-kurangnya sehingga pemain mengalami kerugian yang teruk. Dalam erti kata lain, pemain akan mencuba sistem itu dan menikmati beberapa kemenangan kecil, lantas membuat mereka percaya bahawa sistem ini tidak pernah salah. Apabila mereka kalah tujuh atau lapan kali berturut-turut dan mengalami kerugian yang melenyapkan semua kemenangan mereka yang sebelumnya, mereka mendapat tahu sebaliknya!

Main dengan Kelebihan di Roulette

Jika sistem pertaruhan tidak berkesan, bagaimana anda boleh mendapatkan kelebihan di roulette?

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan nisbah kemenangan (odds) anda. Kami telah pun berbincang tentang bermain di meja gaya Eropah (meja tanpa “00” pada roda), di mana kelebihan tuan rumah dikurangkan sebanyak separuh. Faktor utama lain ialah mencari “jadual bayaran” yang paling menguntungkan, atau jumlah kemenangan untuk setiap taruhan.

Setiap kasino boleh menetapkan jadual bayaran tersendiri, tetapi standard industri ialah:

  • 35:1 untuk nombor tunggal
  • 17:1 untuk “split”
  • 11:1 untuk “street”
  • 8:1 untuk satu kotak
  • 6:1 untuk garisan atas
  • 2:1 atau 3:1 untuk satu lajur
  • 2:1 untuk “dozens”
  • 1:1 untuk semua jenis taruhan lain (maksudnya anda menerima dua kali ganda taruhan anda)

Meja yang membayar kurang daripada nisbah ini adalah meja “short pay” kerana kelebihan tuan rumah semakin meningkat apabila jumlah bayaran semakin kurang. Contohnya, mengurangkan bayaran nombor tunggal dari 35:1 ke 34:1 akan menaikkan kelebihan tuan rumah sebanyak 2.63%.

Strim Secara Langsung Permainan Roulette Dalam Talian

Sesetengah kasino kini menawarkan permainan secara langsung dengan video strim. Anda tidak akan melihat pemain lain, tetapi anda akan melihat dealer secara langsung yang memutar roda yang sebenar serta keputusan setiap putaran. Sesetengah orang lebih gemar pengalaman roulette ini kerana mereka merasakan suasana seperti bermain di kasino sebenar. Yang lain pula lebih menggemarinya kerana mereka mungkin mempersoalkan kesahan perisian kasino. Isu ini sepatutnya tidak menjadi masalah jika kasino tersebut dilesenkan oleh lembaga kawalan kerajaan yang bereputasi.

Taruhan Sampingan Roulette Dalam Talian

Terdapat beberapa taruhan sampingan yang telah direka untuk roulette kebelakangan ini, dan kebanyakan daripadanya muncul di kasino dalam talian.

Taruhan sampingan yang paling besar sekali ialah penambahan jackpot progresif ke meja-meja tertentu. Formula yang paling lazim ialah untuk menawarkan pilihan taruhan sampingan sebanyak $1 ke jackpot untuk setiap putaran. Progresif itu membayar apabila nombor yang sama terkena tiga atau lima kali berturut-turut, bergantung pada peraturan kasino.

Formula lain adalah untuk menambah satu kompartmen tambahan yang mencetuskan permainan bonus apabila bola mendarat di dalamnya. Pemain yang telah memilih taruhan sampingan ini mungkin dapat memutar mesin slot atau meneka suatu nombor tiga digit. Taruhan sampingan juga terikat kepada progresif yang semaking berkembang dengan setiap taruhan.

Mencari Meja Roulette Dalam Talian yang Terbaik

Peraturan roulette adalah agak mudah dan ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk memahami bagaimana semua taruhan ini berfungsi. Jika anda tidak pasti, pastikan anda memanfaatkan “mod percuma” yang ditawarkan oleh kebanyakan kasino dalam talian bagi mempelajari dan berlatih bermain tanpa perlu menaruhkan wang sebenar. Mencari meja yang bagus dengan nisbah kemenangan yang terbaik mungkin serta meletakkan taruhan dengan bijak akan menyeronokkan lagi pengalaman anda. Ia juga memastikan bankroll anda tahan lebih lama!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...