Top Casino Bonuses - September 2017

Bagaimana Untuk Bermain Roulette

how to play roulette for free or real money

Serupa dengan keno, anda hanya perlu memilih nombor dan harapkan tuah memihak kepada anda. Tiada apa-apa untuk dipelajari dari segi strategi, tetapi lambat laun anda boleh meningkatkan jangkaan pulangan anda dengan memahami bagaimana meja dan taruhan yang berlainan berfungsi.

Panduan Pemain Untuk Roulette

learn to play and master roulette

Panduan ini akan menerangkan asas-asas bermain roulette dan cara untuk mula bermain di meja dalam talian. Anda juga akan mempelajari jenis meja yang berlainan, taruhan yang boleh dilakukan serta sistem pertaruhan yang biasa dilihat.

Asas-asas Roulette

Roulette sangat mudah untuk difahami. Dalam kasino sebenar, putaran berlaku secara berterusan dari masa meja dibuka. Di kasino dalam talian pula, perisian mengambil tempat penjaga meja (croupier), dan kebanyakan meja maya beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Pemain boleh menghampiri meja dan meletakkan taruhan pada bila-bila masa sehingga croupier (atau perisian) mengumumkan “no more bets”, biasanya beberapa saat sebelum bola berhenti. Selain daripada ruang meja yang tidak terhad, pemain dalam talian menikmati kelebihan iaitu tidak meletakkan taruhan secara tidak sengaja atau menyentuh meja pada waktu yang salah. Ini mungkin kedengaran lucu, tetapi ia adalah suatu kesalahan yang boleh mengakibatkan anda dihalau keluar dari kasino konvensional! Perisian permainan bukan sahaja akan menyatakan secara jelas bila anda perlu meletakkan cip, malah di mana anda patut meletakkannya bagi setiap jenis taruhan.

Anda boleh membahagikan jenis taruhan kepada dua kumpulan umum—luaran dan dalaman. Taruhan luaran ialah sama ada merah atau hitam, genap atau ganjil, atau 1-18 / 19-36. Contohnya, jika anda bertaruh pada merah, anda akan menang jika bola mendarat pada mana-mana slot merah. Ini adalah sama untuk nombor antara 1-18, 19-36 atau nombor genap dan ganjil. Taruhan jenis ini cenderung mempunyai nisbah peluang (odds) yang terbaik.

Taruhan dalaman adalah lebih rumit sedikit. Anda meletakkan cip terus pada nombor tunggal yang anda mahu bertaruh. Anda dibenarkan untuk bertaruh sehingga lima nombor bersebelahan secara serentak, dengan meletakkan cip pada sudut atau garisan yang dikongsi oleh nombor-nombor itu. Pemain dalam talian memiliki kelebihan di sini kerana kebanyakan perisian permainan kasino menyerlahkan kawasan di mana setiap taruhan boleh diletakkan; di meja secara langsung, anda perlu tahu tempat yang betul, atau anda boleh bertanya kepada croupier secara tertib.

Mula Bermain Roulette Dalam Talian

learn how to win at roulette

Kebanyakan kasino dalam talian kini memasukkan roulette dalam perisian atau aplikasi utama mereka. Jika anda mahu bermain pada desktop atau komputer riba Windows atau Macintosh, anda patut mencari perisian yang direka khas untuk sistem pengendalian berkenaan, kerana di situlah anda akan menjumpai barisan permainan yang paling luas.

Anda juga boleh bermain roulette pada peranti mudah alih. Hampir kesemua kasino terbesar juga menawarkan aplikasi Android dan Apple untuk telefon pintar dan tablet. Jika anda mempunyai peranti mudah alih Windows yang tidak dapat menjalankan perisian desktop/komputer riba, anda mungkin dapat menjumpai aplikasi untuk Windows 8, 10 atau versi terbaru.

Walaupun pengguna Android, Apple dan Windows mempunyai pilihan permainan kasino yang paling luas, pengguna sistem pengendalian yang lain juga boleh menyertai aksi roulette. Kebanyakan kasino kini menawarkan perisian mereka dalam versi berasaskan pelayar yang membolehkan anda bermain untuk wang sebenar. Dengan syarat anda mempunyai pelayar web yang agak moden serta sambungan internet, anda juga boleh menjumpai permainan roulette dalam talian—walaupun anda menggunakan sistem pengendalian seperti Linux atau BlackBerry. Namun begitu, perisian kasino versi berasaskan pelayar biasanya mempunyai pilihan meja yang paling terhad.

Jenis Meja Roulette

how to beat roulette using a mobile phone

Terdapat tiga jenis meja roulette tradisional, dan ada pula versi yang lebih baharu dan esoterik yang hanya telah diperkenalkan baru-baru ini. Dalam kes-kes tertentu, variasi ini hanya boleh didapati di kasino dalam talian.

Jenis meja yang terbaik ialah meja yang membenarkan peraturan “surrender”, “imprisonment” atau “en partage”. Ini adalah tiga istilah berbeza untuk perkara yang sama—kebolehan untuk mendapat balik separuh daripada taruhan yang kalah atau “mengurung” taruhan kalah sepenuhnya dengan harapan untuk mendapatkan kembali jumlah itu dengan memenangi putaran seterusnya. Di kasino sebenar, anda akan melihat meja ini ditawarkan hanya di bilik taruhan tinggi yang ditetapkan taruhan minimum yang sangat tinggi, meskipun begitu ia sukar untuk dijumpai. Jika anda melayari kasino dalam talian, kadang kala anda boleh menjumpai meja sedemikian yang ditawarkan dengan taruhan minimum yang lebih sederhana.

Jenis meja yang kedua terbaik adalah gaya Eropah yang mencirikan hanya satu sifar pada roda. Ia adalah bentuk roulette yang paling tradisional, dan format ini digunakan oleh mana-mana meja di luar Amerika Syarikat.

Meja yang paling kurang menguntungkan dikenali sebagai “peraturan Amerika” atau meja yang mempunyai slot 00 selain daripada slot 0. Tambahan slot ini menggandakan kelebihan tuan rumah. Meja-meja ini dikenali sebagai “ala-Amerika” kerana ia dicipta di Las Vegas dan kini merupakan standard di kasino Amerika Syarikat di luar Atlantic City.

Mengalihkan meja roulette daripada sekatan fizikal lantai kasino telah membenarkan pereka permainan ini menjadi lebih kreatif dengan variasi baru. Ada kalanya permainan dalam talian ini melakukan sesuatu yang tidak mungkin berlaku di meja sebenar, misalnya roda yang mempunyai bentuk luar biasa. Dalam talian juga adalah tempat yang terbaik untuk menjumpai gabungan kreatif permainan lain dengan roulette. Misalnya:

“Spingo and Ringo”, yang menggabungkan bingo dan roulette
“Multiball”, yang mana dua atau tiga bola digunakan dalam setiap putaran
“Wild Viking” dan Roulette 3 Kad, dua kombinasi roulette dan poker yang pelik
“Pin Ball”, yang menggabungkan pachinko dan roulette

Terdapat satu lagi jenis roulette yang “terlalu sempurna untuk dipercayai” yang anda hanya akan melihat di kasino dalam talian. No Zero Roulette (oleh Betvoyager) benar-benar telah menghapuskan sifar daripada roda. Namun begitu, ia bukannya taruhan wang sama rata kerana anda membayar kaut sebanyak 10% pada setiap putaran yang dimenangi. Lama kelamaan, nisbah peluang (odds) kerugian untuk permainan ini adalah lebih tinggi daripada mana-mana meja roulette tradisional.

Apakah Taruhan Roulette yang Terbaik?

winning roulette strategy

Dari segi memenangi duit dari masa ke masa, taruhan luaran adalah jauh lebih bagus daripada taruhan dalaman. Taruhan dalaman membayar lebih banyak jika dimenangi, tetapi nisbah peluang ke atasnya adalah lebih lama, dan taruhan maksimum yang dibenarkan untuknya adalah lebih kecil (kerap kali sepuluh kali lebih kecil).

Tiada taruhan wang sama rata dalam roulette—disebabkan oleh kehadridan slot 0—tetapi taruhan yang paling mirip adalah pilihan “half and half”. Ini adalah merah atau hitam, genap atau ganjil, atau 1-18 / 19-36. Mengambil mana-mana pilihan ini secara konsisten di meja Eropah dengan peraturan “surrender” akan mengurangkan kelebihan tuan rumah ke 2.7%, jumlah yang terendah mungkin pada mana-mana meja roulette.

Sistem Pertaruhan Roulette: Adakah Ia Berfungsi?

how to gamble roulette strategies

Jawapan ringkas untuk soalan ini ialah: tidak.

Sesetengah sistem pertaruhan roulette kelihatan seakan berkesan untuk jangka masa pendek, tetapi ia adalah hanya kerana pemain yang bernasib baik dan bukan kerana sistem tersebut. Lambat laun, setiap sistem mengakibatkan kerugian teruk yang biasanya melenyapkan segala kemenangan anda dan lebih lagi.

Salah satu sistem pertaruhan yang terkenal iaitu Martingale, berfungsi di bawah dua keadaan spesifik: pemain mempunyai bankroll yang tidak terhad, dan tuan rumah membenarkan gandaan taruhan tanpa had. Walaupun mungkin terdapat beberapa individu yang cukup bertuah untuk mempunyai bankroll yang mencukupi untuk berjaya, tiada satu meja di dunia ini yang akan membenarkan anda menggandakan taruhan anda selamanya. Sekiranya anda mengalami kekalahan yang berturut-turut sehingga had taruhan, anda akan kehilangan sejumlah wang yang sangat besar.

Tiada satu sistem yang telah diuji dengan teliti menunjukkan jangkaan positif yang konsisten dari segi matematik. Jika benar suatu sistem sedemikian dihasilkan, kasino akan segera berhenti menawarkan meja roulette kerana bisnes mereka bukanlah untuk mengendalikan permainan yang boleh dikalahkan.

Cara Yang Betul Untuk Bermain Roulette

Mendapatkan nisbah kemenangan (odds) yang paling baik di roulette boleh dilakukan dengan melayari kasino-kasino dalam talian dan mengetahui cara untuk mencari meja yang terbaik mungkin, kemudian meletakkan taruhan yang paling bijak. Lebih daripada itu, tiada strategi yang sebenarnya berkesan—alamilah pengalaman dan perbualan di sesebuah meja, dan harapkan hasil yang terbaik.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...